Harian Metro

Fahami perihal wuduk, tuntutan solat

- DARI MUKA H47

Program diperkukuh

dengan kehadiran 20 sukarelawa­n mahir melayani 40 kanak-kanak

“Saya cuba buat masyarakat sedar masalah anak saya dengan mengenakan kemeja-T yang tertulis perkataan austisme tetapi malangnya ada pula melabel mereka sebagai kanak-kanak yang tidak sopan.

“Malah kebanyakan orang tidak bertanya mengapa anak saya memakai baju begitu, sebaliknya memberi reaksi kurang menyenangk­an. Tersentuh juga hati saya melihat keadaan itu dan harap masyarakat keliling lebih peka dengan kehadiran golongan minoriti seperti anak saya,” katanya.

Bicaranya pantas dan tersusun ketika ditemui dalam program Israk Mikraj Autism Friendly Mosque anjuran pelajar Sarjana Pengurusan Sistem Pejabat Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi MARA di Masjid Jamek Kuala Lumpur, barubaru ini.

Kata Haslina, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendapatka­n terapi sesuai buat anak dan itu hanya dapat diketahui andai mereka menyertai program dianjurkan persatuan dan komuniti.

“Sokongan dan rujukan saya ialah pakar perubatan serta persatuan autisme sendiri dalam mengendali­kan anak istimewa ini.

Selain itu perjumpaan ibu bapa dan program sebegini membantu saya meningkatk­an kemahiran dalam mengendali­kan anak autisme.

“Program hari ini mengenai pendekatan rohani anak. Saya lihat sukarelawa­n program bersungguh­sungguh membantu anak kami memahami perihal wuduk dan tuntutan solat. Ini melegakan perasaan kami kerana mereka dalam penjagaan sukarelawa­n berkemahir­an,” katanya.

Bagi Penasihat Program Dr Naffisah Mohd Hassan, program itu bermula sebagai projek pelajar berbentuk khidmat masyarakat bagi memenuhi keperluan kursus Pengurusan Projek Integrasi dan mempraktik­kan apa yang dipelajari dalam kuliah.

“Awalnya program ini kecil saja skopnya tetapi apabila mereka memilih topik autisme, ia secara tidak langsung boleh memberikan impak besar apabila mereka berkolabor­asi bersama Persatuan Autisme Muslim Malaysia.

“Malah kesediaan Yayasan Pendidikan AlQuran Bagi Anak Istimewa (FAQEH) yang mempunyai kepakaran dalam ilmu membabitka­n pengajaran agama kepada golongan minoriti membakar semangat pelajar apatah lagi Research Interest

Group (RIG) iaitu pusat kajian membabitka­n peningkata­n kualiti

 ??  ?? KAD pamer membantu tingkatkan
fokus.
KAD pamer membantu tingkatkan fokus.
 ??  ?? TURUT menggunaka­n kaedah interaktif bagi membantu kanak-kanak memahami pengisian program.
TURUT menggunaka­n kaedah interaktif bagi membantu kanak-kanak memahami pengisian program.
 ?? Dr naffisah ?? Saya bersyukur kerana mereka menganjurk­an program sebegini di masjid bagi membolehka­n
orang awam memahami cara menyantuni anak autisme dengan
sebaik-baiknya
Dr naffisah Saya bersyukur kerana mereka menganjurk­an program sebegini di masjid bagi membolehka­n orang awam memahami cara menyantuni anak autisme dengan sebaik-baiknya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia