Harian Metro

DEMI Kebaikan kesihatan, raih keberkatan

- DARI MUKA H49

“Program derma darah berlangsun­g di Widad Royal Residence UTMKL adalah pendekatan relevan yang boleh kami fikirkan sebagai pengenalan awal kepada kemudahan penginapan selain fasiliti lain yang ditawarkan di hotel ini.

“Produk kami berasaskan pelanconga­n mesra Muslim dan bersesuaia­n dengan imej korporat kumpulan syarikat sendiri yang menyokong semua bentuk urusan perniagaan berdasarka­n garis panduan syariah.

Oleh itu, aktiviti menderma darah dilihat seiring dengan objektif berkenaan.

“Kami mahu menerap nilai murni dalam kalangan kakitangan sendiri iaitu kesedaran membantu mereka yang memerlukan darah. Meskipun tidak berkemampu­an dalam aspek kewangan, rasanya ada alternatif lain boleh dilakukan semua orang termasuk menyumbang­kan darah bagi keperluan individu lain. Anggaplah ini sebagai sedekah dan tanda prihatin terhadap orang kurang bernasib baik,” katanya.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Widad Hospitalit­y Management Sdn Bhd

Abdul Latib Ahmad, selain kakitangan, pihaknya turut menerima kehadiran 30 pelajar Kolej Universiti Widad dan Kolej Widad dari Pahang untuk memeriahka­n acara berkenaan.

“Bagi Kumpulan

Widad, program ini bukan perkara asing kerana kami mempunyai universiti dan kolej yang menawarkan pengajian perubatan. Jadi acara ini sering dilakukan pihak kampus dan kali ini mereka datang untuk memberi sokongan kepada program Widad Royal Residence UTMKL .

“Pada masa sama, aktiviti derma darah ini memberi kebaikan kepada kesihatan dan membawa keberkatan kepada hidup penderma. Konsep inilah

 ?? ABDUL LATIB ?? Aktiviti derma darah ini memberi kebaikan kepada kesihatan dan membawa keberkatan kepada hidup penderma. Konsep inilah yang cuba kami semaikan dalam diri kakitangan atau orang awam RAMAI datang ke program Derma Darah anjuran Widad Royal Residence UTMKL.
ABDUL LATIB Aktiviti derma darah ini memberi kebaikan kepada kesihatan dan membawa keberkatan kepada hidup penderma. Konsep inilah yang cuba kami semaikan dalam diri kakitangan atau orang awam RAMAI datang ke program Derma Darah anjuran Widad Royal Residence UTMKL.
 ??  ?? ZAMZURI (kanan) bersama Abdul Latib bermesra dengan kakitangan yang menderma darah.
ZAMZURI (kanan) bersama Abdul Latib bermesra dengan kakitangan yang menderma darah.
 ??  ?? JUMLAH darah berjaya dikumpul.
JUMLAH darah berjaya dikumpul.
 ??  ?? PELAJAR turut ambil peluang menderma darah.
PELAJAR turut ambil peluang menderma darah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia