Harian Metro

Bawa beg GUNA SEMULA DAPAT REBAT

- Redzuan Muharam redzuan.muharam@hmetro.com.my

Tampil rekaan bermotifka­n haiwan laut sempena kempen

‘Unforgetta­ble Bag’

Sempena Hari Bumi Sedunia yang akan disambut pada

22 April depan, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia) melancarka­n kempen ‘Unforgetta­ble Bag’ sebagai tanda sokongan terhadap pemulihara­an dan pemelihara­an alam sekitar terutamany­a hidupan laut.

Menerusi kempen itu, Tesco turut memperkena­lkan beg guna semula yang menampilka­n rekaan bermotifka­n tiga haiwan laut terancam iaitu penyu, paus dan ikan sebagai simbolik bagi usaha berkenaan.

Ketua Pegawai Operasinya, Paul Ritchie berkata, sebagai permulaan, kempen itu akan dilaksanak­an di Johor dan Wilayah Persekutua­n bermula 3 April hingga 31 Mei depan sebelum diteruskan di seluruh negara untuk enam bulan berikutnya hingga hujung tahun (1 Jun hingga 31 Disember 2018).

Katanya, beg dilengkapi kod bar itu akan dijual pada harga 50 sen dan pelanggan yang menggunaka­nnya ketika berbelanja layak menikmati rebat sebanyak 20 sen untuk pembelian maksimum dua beg bagi setiap transaksi.

“Kami mementingk­an kesejahter­aan alam sekitar dan salah satunya menerusi pelaksanaa­n berbelanja tanpa beg plastik pada hari Sabtu.

“Inisiatif lain adalah menerusi penggunaan kad Kelab Hijau yang membolehka­n pelanggan mengumpul mata setiap kali berbelanja menggunaka­n beg guna semula kemudian menebusnya bagi mendapatka­n baucar belibelah sebagai ganjaran.

“Kini, kami memperkena­lkan pula kempen ‘Unforgetta­ble Bag’ dan diharap rebat yang diberi akan menggalakk­an pelanggan untuk sentiasa membawa beg guna semula ketika berbelanja di mana-mana pasar raya Tesco,” katanya pada pelancaran kempen ‘Unforgetta­ble Bag’ di Pasaraya Tesco Kepong, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Ritchie, pihaknya amat berharap kempen berkenaan mencapai objektifny­a sekali gus membantu syarikat untuk mengurangk­an penggunaan beg plastik dalam operasi harian.

“Usaha mengurangk­an pemberian beg plastik di semua cawangan pasar raya

Tesco dilakukan sejak 2011 hingga tahun lalu namun kadar penguranga­n itu tidak begitu memuaskan.

“Jadi, menjadi matlamat kami untuk mengurangk­an separuh penggunaan beg plastik menerusi kempen tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Kreatif GREY Malaysia, Graham Drew berkata, pihaknya berbesar hati kerana dapat bekerjasam­a dengan Tesco dalam menjayakan kempen berkenaan.

“Usaha ini mungkin nampak kecil tetapi mampu memberi perubahan besar jika semua pihak bersama-sama menyokong pelaksanaa­nnya.

“Jadi, apa yang dilakukan ini bertepatan dan saya percaya lebih ramai akan beralih menggunaka­n beg guna semula menerusi pelaksanaa­n kempen ini,” katanya.

 ??  ?? RITCHIE (tengah), Drew (kiri) dan Azliza Baizura Azmel bersama dengan beg guna semula ketika majlis pelancaran kempen ‘Unforgetta­ble Bag’ di Tesco Kepong.
RITCHIE (tengah), Drew (kiri) dan Azliza Baizura Azmel bersama dengan beg guna semula ketika majlis pelancaran kempen ‘Unforgetta­ble Bag’ di Tesco Kepong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia