Harian Metro

Memori indah hariz

-

Tidak dinafikan RTM sering melahirkan bintang yang berbakat besar seperti dibuktikan sebelum ini. Terbaru, sebutir lagi bintang dilahirkan menerusi program pertanding­an nyanyian paling lama wujud di Malaysia iaitu Bintang RTM.

Selamat datang ke industri hiburan buat Hariz yang sebulat suara dipilih oleh juri untuk bergelar juara Bintang RTM 2018 pada pentas final yang berlangsun­g Sabtu lalu.

Hariz atau nama sebenarnya Fadhli Hariz Fayahet, 24, memukau barisan juri yang diterajui Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Adibah Noor bagi memberikan kemenangan mutlak kepadanya.

Selain membawa pulang wang tunai RM20,000 dan trofi, dia juga dihadiahka­n single ciptaan Manusia Putih berjudul Yang Terbaik. Hariz juga mengunggul­i kategori Vokal Terbaik dan menerima wang tunai berjumlah RM5,000.

Hariz yang berasal dari Bangi, Selangor menyifatka­n kemenangan ini sebagai satu memori indah dalam hidupnya dan akan terus bergiat aktif dalam bidang seni suara.

“Syukur kerana kemenangan berpihak kepada saya. Tak dinafikan persaingan kali ini sangat sengit. Pertanding­an ini membabitka­n tiga pusingan dan paling mencabar nyanyian solo kerana kami perlu menyampaik­an lagu baru.

“Kemenangan ini juga tak menjadikan saya alpa kerana akan terus mengekalka­n prestasi dalam nyanyian. Kalau boleh, saya nak dikenali sebagai penyanyi yang hebat dalam kawalan vokal. Single pun sudah ada dan saya pasti takkan mempersia-siakannya,” katanya.

Membanding­kan Hariz dengan lima peserta lain, dia kelihatan unik dengan gaya bertopi. Akuinya, ini memang identiti yang sengaja diciptanya kerana

 ??  ??
 ??  ?? PENGHAYATA­N tersendiri Hariz menerusi lagu Yang Terbaik membantu kemenangan­nya sebagai juara Bintang RTM 2018.
PENGHAYATA­N tersendiri Hariz menerusi lagu Yang Terbaik membantu kemenangan­nya sebagai juara Bintang RTM 2018.
 ??  ?? HARIZ berkongsi kejayaan dengan ibunya.
HARIZ berkongsi kejayaan dengan ibunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia