Harian Metro

SINOPSIS TV

- HBO HD (ASTRO 431), 9.15 malam FAST & FURIOUS 8 NTV7, 4.30 petang HOMECOMING EPISOD 4 TV9, 8.30 malam 7 HARI MENCINTAIK­U EPISOD

Tanpa kehadiran mendiang Paul Walker yang meninggal dunia akibat kemalangan ketika menjalani penggambar­an filem ketujuh, tentunya Fast & Furious 8 atau F8 menyajikan perbezaan ketara untuk pengikut setia filem ini.

Apa yang boleh dikatakan, walaupun bukan pengikut setia filem ini sejak naskhah pertama, anda masih boleh memahami jalan ceritanya.

Menerusi F8, pengarahny­a, F Gary Gray menggarap idea baru dengan satu jalan cerita baru namun masih tidak menghilang­kan identiti sedia ada Fast & Furious.

Secara ringkasnya, F8 mengisahka­n mengenai Dominic Toretto lakonan

Vin Diesel yang diperangka­p Cipher (Charlize Theron).

Bermula daripada situ, dia terpaksa bertarung menyelamat­kan insan tersayang daripada kejahatan Cipher. Pada masa sama dia terpaksa mengkhiana­ti pasukannya dan merangka strategi untuk memusnahka­n rancangan kotor Cipher.

Tidak hanya memilih lokasi penuh warna di Cuba, filem penuh aksi ini juga turut memaparkan lokasi menarik di kota New York, Atlanta dan Iceland.

Bukan sahaja aksi dan pemanduan bertenaga pelakon, F8 turut mencuri tumpuan penonton menerusi beberapa jentera yang tidak pernah dipaparkan sebelum ini.

Antara yang menarik adalah kereta kebal dan trak tentera yang memecut di atas tasik beku di Iceland serta kapal selam yang turut menjadi salah satu daya tarikan utama.

Pelakon: Vin Diesel, Dwayne Johnson, Jason Statham dan Charlize Theron. Di lokasi terakhir di Johor, Chok dan Natalie melawat Rumah Pokok Hutan Hujan di Gunung Pulai. Ia adalah lokasi unik untuk pencinta alam.

Pengacara: Chok Yen Hau, Ng Bee Gaik dan See Chee Kow.

16 Zaidi terpaksa menegur sikap Khuzairi yang terlalu memanjakan Mia. Dia juga sanggup melakukan apa saja untuk wanita itu.

Pelakon: Shukri Yahaya, Siti Saleha dan Gambit Saifullah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia