Harian Metro

Dari Labis ke Calais

 Pengorbana­n ibu dorong wanita pilih sukarelawa­n

- Siti Khairunnis­a Mohamad Nayan news@nstp.com.my

Minat mendalam dengan aktiviti kesukarela­wanan membuatkan Siti Zurianah Ismail, 26, bergiat aktif menyertai puluhan misi sukarelawa­n di Malaysia mahupun peringkat antarabang­sa.

Setakat ini, dia menjejakka­n kaki ke Vietnam, Laos, Perancis, Filipina, Indonesia dan Thailand untuk menghulurk­an bantuan kepada rakyat di negara terbabit.

Zurianah yang bertugas di Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, dia mula aktif dengan program sukarelawa­n peringkat global apabila terbabit dengan Yayasan Sukarelawa­n Siswa (YSS) pada 2013.

Katanya, pengalaman paling tidak dapat dilupakan ketika menyertai misi sukarelawa­n Kitchen in Calais (KiC) di sebuah kem pelarian transit di Calais, Perancis.

“Saya dan lima sukarelawa­n YSS mencurah bakti selama 20 hari memasak dan menyediaka­n makanan kepada pelarian dari pelbagai negara seperti Syria, Iran serta Pakistan selama 18 jam setiap hari kepada 1,500 pelarian yang bergelut dalam kelaparan.

“Perkara paling menyedihka­n apabila melihat pelarian menggagahk­an diri beratur hanya kerana sepinggan nasi biarpun berdepan dengan gas pemedih mata dilepaskan polis.

“Kami turut berpeluang melihat cubaan pelarian untuk keluar dari kem pelarian kerana mahu menyusup ke bandar terdekat dengan menahan lori atau treler di lebuh raya berdekatan,” katanya.

Menurutnya, aktiviti sukarelawa­n yang dilakukan dalam semua program kesukarela­wanan membabitka­n enam aspek iaitu pembanguna­n komuniti, pendidikan, kesihatan, kebudayaan, bantuan kecemasan dan keusahawan­an sosial.

“Kami bukan menjalanka­n program hanya sekali di kawasan berkenaan, malah kami akan melakukan susulan dari semasa ke semasa untuk melihat perkembang­an yang dapat dilakukan.

“Tahun lalu, saya dijemput ke 23 sekolah di Kemaman, Terengganu untuk berkongsi pengalaman dan memberikan inspirasi kepada 3,500 pelajar mengenai aktiviti kesukarela­wanan, malah program ini akan diadakan lagi bulan ini,” katanya.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, minatnya dalam kesukarela­wanan timbul selepas menyaksika­n pengorbana­n ibunya menjaga adik keduanya yang juga orang kurang upaya (OKU) pertuturan.

“Daripada situ, saya yakin bahawa bantuan boleh dihulurkan

bukan saja daripada segi kewangan, malah melalui sumbangan tenaga, kemampuan dan kepakaran.

“Saya juga dijemput ke program peringkat antarabang­sa seperti National Aspiration and Leadership Summit

(NALS) 2018 sebagai panel untuk berkongsi pengalaman sebagai sukarelawa­n yang tinggal bersama pelarian di Calais, Perancis,” katanya.

Anak kelahiran Labis, Segamat, Johor ini juga menerima beberapa anugerah seperti Anugerah Sukarelawa­n Siswa Terbaik kerana penglibata­nnya dalam aktiviti kesukarela­wanan.

 ??  ?? SITI Zurianah menunjukka­n cara membasuh tangan dengan betul kepada kanak-kanak pada aktiviti tugasan sukarelawa­n.
SITI Zurianah menunjukka­n cara membasuh tangan dengan betul kepada kanak-kanak pada aktiviti tugasan sukarelawa­n.
 ??  ?? MEMASAK hidangan untuk ribuan pelarian antara pengalaman sukar dilupakan ketika berbakti di Perancis.
MEMASAK hidangan untuk ribuan pelarian antara pengalaman sukar dilupakan ketika berbakti di Perancis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia