Harian Metro

Rentas Semenanjun­g edar 10,000 risalah cukai

-

Tiga kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan berjalan merentasi Semenanjun­g Malaysia untuk mengedar 10,000 risalah percukaian kepada orang ramai.

Mereka ialah Pengarah Bahagian Keselamata­n LDHN, Eyu Leong Boon dan kakitangan bahagian berkenaan, Muhammad Nazmi Mohammad Norrizal serta Rogayah Ali.

Mereka akan berjalan sejauh 1,600 kilometer (km) dalam usaha memecah rekod Malaysia Book of Records (MBOR).

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, program itu satu pendekatan kreatif LHDN bagi mendekati rakyat khususnya pembayar cukai untuk mempromosi­kan kesedaran cukai.

“Bukan sekadar mencipta rekod baru, tetapi kami ada pengisian tersendiri melalui program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) di sekolah terpilih dan Program Hasil4U di empat lokasi.

“Peserta akan singgah di Pusat Khidmat Hasil Kulim di Kedah, cawangan Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Melaka. Perjalanan mereka bermula hari ini (semalam) sebelum dijangka tamat 15 Mei depan,” katanya ketika berucap selepas melepaskan peserta larian berkenaan di sini, semalam.

Teks ucapannya itu dibacakan Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDN, Rozina Shaik Osman Merican.

Hadir sama, Pengarah LHDN negeri, Roszamman Md Nawi.

Berdasarka­n maklumat MBOR, rekod berjalan terjauh kini dipegang pihak Biro Tatanegara (BTN) pada 2003 sejauh 1,329.8 km.

MBOR menetapkan syarat sekiranya LHDN mahu memecahkan rekod itu, mereka perlu mencapai jarak minimum 1,595.76 kilometer iaitu 20 peratus melebihi rekod sebelum ini.

Bukan sekadar mencipta rekod baru, tetapi kami ada pengisian tersendiri melalui program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) di sekolah terpilih dan Program Hasil4U di empat lokas”

Sabin Samitah

 ??  ?? EYU (lima dari kanan) menerima bendera daripada Rozina Shaik sebagai simbolik pelepasan peserta berjalan kaki merentasi Semenanjun­g Malaysia untuk edar 10,000 risalah percukaian.
EYU (lima dari kanan) menerima bendera daripada Rozina Shaik sebagai simbolik pelepasan peserta berjalan kaki merentasi Semenanjun­g Malaysia untuk edar 10,000 risalah percukaian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia