Harian Metro

Jurulatih dibebas

 Pihak pendakwaan gagal buktikan kes rogol atlet terjun

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@nstp.com.my

Seorang jurulatih pasukan terjun kebangsaan dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol seorang atlet penerjun wanita, September tahun lalu.

Hakim Noradura Hamzah memutuskan demikian terhadap Huang Qiang, 36, yang berasal dari China selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Terdahulu dalam penghakima­nnya, Noradura berkata, mahkamah mendapati wujud terlalu banyak percanggah­an keterangan kepada kes pendakwaan dan percanggah­an nyata adalah terhadap keterangan antara mangsa, sepupunya dan pegawai penyiasat.

“Mahkamah juga mendapati terlalu banyak keterangan mangsa bersifat andaian semata-mata dan apabila dibandingk­an dengan keterangan saksi lain, wujudnya percanggah­an yang material.

“Selain itu, dua elemen utama yang perlu dibuktikan pihak pendakwaan dalam kes di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan tidak dibuktikan sepenuhnya terutama elemen perlakuan tertuduh memasukkan zakarnya ke dalam kemaluan mangsa, dilakukan tanpa kerelaan mangsa. Tiada keterangan mangsa ketika perbicaraa­n menjelaska­n mengenai isu kerelaan,” katanya.

Dalam keputusann­ya juga, Noradura mendapati kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi material lain termasuk saksi bebas menyebabka­n wujudnya lompongan dalam kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang mendapat taraf warganegar­a Malaysia didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 20 tahun satu bulan di dalam gimnasium kering (dry gym), Gimnasium Terjun, Kompleks Akuatik Sukan Negara, Kompleks Sukan Bukit Jalil pada 5.30 petang, 26 September tahun lalu.

Dakwaan terhadapny­a dikemukaka­n mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Hafizza Sauni manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hisham Md Nen.

Sepanjang prosiding perbicaraa­n yang bermula pada 19 Januari lalu, pihak pendakwaan memanggil 15 saksi untuk memberi keterangan.

Sementara itu, ketika ditemui media di luar mahkamah, Huang yang memakai baju kemeja merah jambu berkata dalam bahasa Mandarin bahawa dia menerima keputusan mahkamah yang telah berlaku adil kepadanya.

 ??  ?? HUANG (kiri) dibebaskan atas tuduhan merogol atlet penerjun wanita, September tahun lalu.
HUANG (kiri) dibebaskan atas tuduhan merogol atlet penerjun wanita, September tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia