Harian Metro

Tertuduh ketujuh langgar kereta Kevin

-

Kuala Lumpur: Tertuduh kelima dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais, memberitah­u Mahkamah Tinggi, semalam bahawa dia melihat tertuduh ketujuh memandu kenderaan dipercayai milik Kevin Morais selepas perlanggar­an berlaku pada awal pagi 4 September 2015 iaitu hari mendiang dilaporkan hilang.

M Vishwanath, 28, berkata ketika itu dia bersama S Nimalan, A K Thinesh Kumar dan R Dinishwara­n dalam perjalanan menuju ke sebuah hotel menaiki kenderaan jenis Mitsubishi Triton, sebelum kenderaan itu yang dipandu Nimalan melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan dipercayai dipandu Kevin Morais, di satu persimpang­an lampu isyarat.

“Pada masa (Triton) membelok ke kanan di lampu isyarat itu, Nimalan menjawab panggilan telefon dan berbual, tiba-tiba dia terlanggar sebuah kereta.

“Selepas perlanggar­an, kedua-dua kereta berhenti. Saya bertanya kepada Nimalan apa berlaku, ada apa-apa masalahkah, dia jawab tiada apa-apa masalah, tak apa saya akan uruskan.

“Dia menyuruh saya duduk di dalam kereta bersama dua lagi penumpang iaitu Thinesh Kumar dan Dinishwara­n yang sedang tidur,” katanya.

Vishwanath yang juga saksi pembelaan keempat berkata demikian ketika pemeriksaa­n utama peguam V Rajehgopal pada hari keenam prosiding membela diri.

Vishwanath berkata, dia kemudian melihat Nimalan dan pemandu kenderaan yang dilanggarn­ya berbual-bual sebelum kedua-dua mereka masuk ke kenderaan masing-masing dan mengalihka­n kenderaan ke tepi jalan.

Katanya, Nimalan meletakkan Triton di hadapan kenderaan dipercayai milik Kevin Morais.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia