Harian Metro

Wan Ji dipenjara sembilan bulan

-

Shah Alam: Penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin semalam, dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana menerbitka­n perkataan menghina Sultan Selangor, termasuk membabitka­n isu agama pada 2012.

Hakim Mohd Sabri Ismail bagaimanap­un membenarka­n permohonan peguam untuk penggantun­gan hukuman itu dan membebaska­n Wan Ji, 35, dengan jaminan RM5,000 sementara menunggu proses rayuan.

Wan Ji didakwa pada 10 September 2014, menerbitka­n perkataan yang menghina Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, termasuk membabitka­n isu agama dalam laman sosial Facebook dengan nama wanji.attaaduddi.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5 di sini, pada jam 10 pagi, 5 November 2012.

Dia boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 iaitu denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Untuk kesalahan kedua dan seterusnya, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Naliatul Huzaimi Ab Rasip ketika berhujah berkata, tertuduh didakwa menerbitka­n enam penerbitan di laman sosial Facebook yang menghina Sultan Selangor.

“Dalam kes ini, tertuduh membuat penerbitan itu dalam Facebook. Penerbitan dalam Facebook boleh dicapai di serata dunia.

“Penggunaan ayat dalam penerbitan itu adalah kasar, bukan saja terhadap Sultan Selangor, malah kepada mana-mana individu,” katanya.

 ??  ?? WAN Ji keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.
WAN Ji keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia