Harian Metro

Enam pelajar jalani pemulihan

- Zuliaty Zulkiffli cnews@nstp.com.my

Kota Bharu: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan akan menjalanka­n program pemulihan terhadap enam pelajar termasuk tiga perempuan yang dipercayai minum air ketum hingga video mengenainy­a tular di media sosial, baru-baru ini.

Pengarahny­a, Rohayu Ahmad berkata, pihaknya juga sudah bertemu semua ibu bapa pelajar terbabit dengan bantuan pihak sekolah dan mereka memberi kerjasama untuk pemulihan anak masing-masing.

“Dalam pertemuan itu, semua pihak bersetuju untuk AADK negeri adakan program intervensi terhadap pelajar berkenaan, semuanya berusia 15 tahun, yang membabitka­n sesi bimbingan, kaunseling dan rundingan,” katanya.

Beliau ditemui pada Forum Jihad Perangi Dadah Habis-Habisan di Balai Islam Lundang di sini, semalam.

Rohayu berkata, walaupun hasil ujian saringan air kencing ke atas pelajar itu negatif, mereka tetap dalam perhatian pihaknya kerana pengambila­n ketum yang dibimbangi membawa kepada salah guna dadah.

“Kita bimbang kerana tanpa sesi kaunseling, mereka mungkin akan terjebak dengan gejala penyalahgu­naan dadah di masa hadapan.

“Setakat ini kita masih lagi berbincang lebih lanjut dengan sekolah untuk memperkema­skan program intervensi berkenaan,” katanya.

Pembekal daun ketum di daerah Sik mengambil kesempatan menanam pokok ketum dalam kawasan ladang getah susulan permintaan tinggi di negara jiran.

Kegiatan itu terbongkar apabila pasukan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) menyerbu sebuah bangsal di kawasan kebun getah di Kampung Kubang Kesom, di Sik malam kelmarin yang membawa penemuan 760 kilogram (kg) daun ketum siap dibungkus.

Dalam serbuan jam 10.15 malam itu, anggota AKSEM menemui 750kg daun ketum itu di dalam beberapa bakul di bawah bangsal berkenaan manakala 10kg lagi ditemui di dalam van Nissan Vanette yang ditinggalk­an di hadapan bangsal itu.

Komander AKSEM Kedah, Abdul Latiff Abd Rahman berkata, hasil pemeriksaa­n

 AKSEM serbu ladang getah rampas 760kg daun ketum

juga menemui beberapa pokok ketum yang dipercayai ditanam di kawasan kebun getah berkenaan.

Beliau berkata, hasil siasatan pasukan yang diketuai Inspektor Ananda Krishnan itu bagaimanap­un tidak menemui sesiapa di kawasan itu dan tiada tangkapan dilakukan di situ.

“Kami percaya daun ketum yang sudah siap dibungkus dengan plastik putih itu sengaja ditinggalk­an di situ dan bersedia untuk dihantar kepada pihak ketiga.

“Modus operandi yang dilakukan mereka dengan memetik daun ketum di kawasan kebun getah itu pada waktu malam untuk mengelak dikesan orang lain.

“Malah kami percaya individu terbabit membungkus daun berkenaan pada waktu itu juga (malam) untuk mengekalka­n kesegaran daun itu dan tahan lama berbanding daun tidak dibungkus yang mudah rosak,” katanya.

Abdul Latif berkata, hasil siasatan mendapati daun ketum itu dipercayai akan dihantar ke pantai timur menerusi laluan di Sik untuk dihantar ke negara jiran, Thailand.

Beliau berkata, kawalan ketat di sempadan di negeri ini iaitu Bukit Kayu Hitam dan Kota Putra di Durian Burung menyebabka­n individu terbabit tidak menggunaka­n laluan berkenaan bagi mengelak menanggung kerugian.

 ??  ?? ABDUL Latif menunjukka­n daun ketum yang siap
dibungkus.
ABDUL Latif menunjukka­n daun ketum yang siap dibungkus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia