Harian Metro

Protasco tumpu segmen selenggara lebuh raya

-

Segmen penyelengg­araan lebuh raya akan terus menjadi pemacu utama pendapatan Protasco Bhd tahun ini.

Naib Pengerusi

Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Datuk Seri Chong Ket Pen berkata, segmen itu disokong khususnya menerusi konsesi penyelengg­araan jalan persekutua­n sepanjang 7,000 kilometer di Terengganu, Kelantan, Selangor dan Pahang yang dilanjutka­n tempohnya 10 tahun lagi pada 2016.

Ia meliputi tempoh interim dua tahun yang tamat 16 Mei 2018 dan konsesi tambahan lapan tahun berdasarka­n model kontrak berasaskan prestasi.

Bagi segmen pembinaan, Chong berkata, kumpulan itu memiliki nilai kontrak selesa berjumlah RM1.095 bilion setakat 31 Disember 2017 untuk tempoh dua tahun akan datang.

“Bagi segmen pembinaan, kami yakin meraih kontrak baharu dengan nilai minimum RM500 juta setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Luar

Biasa (EGM) kumpulan itu di sini, semalam.

Berdasarka­n pengumuman terkini di Bursa Malaysia, kumpulan itu berjaya meraih dua kontrak penyelengg­araan jalan baharu di Perak bernilai RM216 juta.

Menurutnya, segmen hartanah menunjukka­n sedikit kelembapan dan pihak pengurusan mengambil keputusan menangguhk­an pelancaran baru ke tahun depan.

Kumpulan itu melancarka­n projek pembanguna­n Sentrio di Kawasan Perindustr­ian Pasir Gudang, Johor pada suku ketiga tahun lalu dengan anggaran nilai pembanguna­n bersih (GDV) RM66 juta.

 ??  ??
 ??  ?? CHONG
CHONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia