Harian Metro

DFTZ JANA RM52.1J

- Mohd Zaky Zainuddin zaky@nstp.com.my

 Program disertai 2,651 PKS rancak hasil jualan sejak November

Program Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) SME Onboarding sudah menjana jualan keseluruha­n RM52.1 juta sejak November 2017.

Menerusi data awal Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) daripada Penilaian Hasil eTRADE 2017, sebanyak 70 pengeluar perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyertai program berkenaan dengan nilai eksport berjumlah RM18.1 juta.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, setakat ini, 2,651 PKS menyertai DFTZ sejak November tahun lalu.

“Buat masa ini, MITI, Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC), SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp) dan MATRADE memberi tumpuan menggalakk­an lebih ramai PKS menyertai DFTZ tidak hanya menerusi Alibaba.com, malah platform e-dagang lain seperti Qoo10, Amazon, eBay, Trade India serta platform tempatan termasuk Dagang Halal, Aladdin Street dan BuyMalaysi­a,” katanya pada taklimat media mengenai status DFTZ di sini, semalam. Hadir sama, Pengarah Urusan Malaysia Airport Holdings Bhd, Datuk Badlisham Ghazali dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Datuk Yasmin Mahmood.

Projek perintis DFTZ ketika ini berpusat di KLIA Air-Cargo Terminal 1 (KACT1) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) yang diuruskan Pos Aviation Sdn Bhd.

“Dengan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk inisiatif pelaksanaa­n WIRA e-Dagang di DFTZ yang diumumkan kerajaan untuk tempoh tiga tahun akan datang, ia akan menggalakk­an syarikat e-dagang Bumiputera dapat bersaing diperingka­t global,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia