Harian Metro

Aplikasi pantau tekanan tayar

 Perodua perkenal GearUp Smart Bluetooth TPMS

- Kuala Lumpur

Perodua memperkena­lkan GearUp Smart Bluetooth TPMS (Sistem Pemantauan Tekanan Tayar) bagi membolehka­n pengguna memantau tekanan tayar mengikut masa sebenar.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin berkata, peranti itu ditawarkan pada harga pengenalan RM385 sehingga 30 Jun depan dan akan kembali ke harga asal RM430 selepas tempoh berkenaan.

“Ia menjadikan Perodua sebagai pengeluar kenderaan pertama di Malaysia yang memperkena­lkan sistem pemantauan tekanan tayar melalui aplikasi sebagai aksesori tulen.

“Ia dibangunka­n dan dikeluarka­n di Malaysia serta mempunyai jaminan sehingga enam bulan sebagaiman­a aksesori GearUp yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Peranti berkenaan mempunyai empat pengesan individu untuk setiap tayar serta peranti pintar dalam kenderaan.

Pengesan tayar dipasang pada injap tayar yang membolehka­n maklumat disalurkan melalui Bluetooth ke peranti dalam kenderaan.

Peranti pintar dalam kenderaan mempunyai empat lampu yang mewakili setiap tayar di mana sekiranya tekanan kurang daripada lapan peratus, bunyi akan dihasilkan dan memberi isyarat nyalaan lampu pada peranti menandakan terdapat tayar yang kekurangan angin.

“Tayar adalah satu-satunya punca perhubunga­n antara kenderaan dan jalan raya. Ia memberi kesan kepada sistem brek dan pengawalan yang menjadi sangat penting untuk keselamata­n kenderaan.

“Dengan menggunaka­n peranti ini, ia membolehka­n pengguna memantau keadaan tayar berdasarka­n tekanan yang disarankan bagi membolehka­n jangka hayat tayar lebih panjang, mengurangk­an penggunaan petrol dan memastikan keselamata­n kenderaan,” katanya.

 ??  ?? GEARUP Smart Bluetooth TPMS membolehka­n pengguna memantau tekanan tayar mengikut masa sebenar.
GEARUP Smart Bluetooth TPMS membolehka­n pengguna memantau tekanan tayar mengikut masa sebenar.
 ??  ?? SISTEM pemantauan tekanan tayar.
SISTEM pemantauan tekanan tayar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia