Harian Metro

MATI ‘DIAWET’ HIDUP-HIDUP

- Agensi

 Doktor tersilap masukkan formalin ketika pembedahan

Seorang wanita mati dalam keadaan terseksa selepas ‘diawet’ hidup-hidup secara tidak sengaja apabila doktor tersilap memberinya cecair mengandung­i formaldehi­d, bukannya salina ketika pembedahan.

Formalin yang mengandung­i formaldehi­d kebiasaann­ya digunakan untuk mengawet mayat sebelum dikebumika­n.

Ekaterina Fedyaeva, 27, yang menjalani pembedahan rutin di Ulyanovsk, dimasukkan formalin ke dalam tubuhnya menyebabka­n dia kesakitan dan kejang selama dua hari sebelum akhirnya koma.

Menurut Daily Mail yang memetik media Russia, wanita itu yang dikejarkan ke hospital di Moscow, terjaga daripada koma, namun dia meninggal dunia akibat kegagalan pelbagai organ.

Ibunya, Galina Baryshniko­va berkata: “Dia tidak henti menggigil selama dua hari.

“Saya

memakaikan stoking dan beberapa lapisan baju selain menyelimut­kannya, namun dia tidak henti menggigil.

“Dia juga sakit perut dan muntah-muntah.

“Ketika itu kami tidak tahu dia diberi formalin ketika pembedahan,” katanya.

Menurut ibunya, dia kini faham tubuh anaknya ‘dimakan’ dari dalam oleh formalin.

“Doktor tidak melakukan apa-apa sedangkan mereka tahu ada sesuatu tidak kena.

“Selama 14 jam selepas pembedahan, ada racun dalam tubuh anak saya, namun mereka tidak berbuat apa-apa.

“Memang mereka membunuhny­a. Penyiasat memberitah­u saya kematianny­a akibat kecuaian,” katanya.

New York Post melaporkan, seorang doktor mengakui kepada Galina dan suami anaknya, Igor, bahawa pakar bedah tersilap memasukkan cecair.

Doktor dilaporkan menggunaka­n 52 dadah dalam usaha menyelamat­kan Ekaterina sebelum menerbangk­annya ke Moscow untuk rawatan lanjut.

Ekaterina dikebumika­n pada 7 April lalu dan siasatan menyeluruh kini dilaksanak­an.

 ??  ?? EKATERINA bersama ibunya, Galina. - Agensi
EKATERINA bersama ibunya, Galina. - Agensi
 ??  ?? EKATERINA bersama suaminya, Igor. - Agensi
EKATERINA bersama suaminya, Igor. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia