Harian Metro

Perogol panik hentak kepala budak

-

New Delhi: Seorang lelaki bertindak kejam apabila membelasah hingga mati budak perempuan berusia empat tahun menggunaka­n bata selepas mangsa melawan ketika cuba dirogol.

Menurut laporan media tempatan, dalam kejadian di Uttar Pradesh, Sabtu lalu, lelaki berusia 21 tahun itu mengumpan kanak-kanak berkenaan ke tempat terpencil untuk diperkosa.

Kanak-kanak berkenaan dilaporkan keluar untuk membeli gula-gula di kedai berhampira­n rumahnya.

Hindustan Times melaporkan, mangsa bagaimanap­un menjerit menyebabka­n suspek panik lalu memukul kepala budak itu menggunaka­n bata hingga mati.

Mayatnya ditemui di tempat sunyi tidak jauh dari rumahnya dengan bata berlumuran darah berhampira­n.

Berikutan itu, penduduk kampung berhimpun membuat bantahan mendesak polis melakukan siasatan rapi selepas mayat mangsa ditemui.

Lelaki berkenaan berjaya ditahan polis Uttar Pradesh, kelmarin dan menghadapi tuduhan membunuh.

Inspektor Ambika Prasad Bhardwaj berkata, suspek mengaku mengambil kesempatan apabila kampungnya terputus bekalan elektrik kerana ribut.

Menurutnya, lelaki itu ditahan selepas dikenal pasti sebagai orang terakhir dilihat bersama mangsa sebelum kanak-kanak itu hilang.

“Lelaki itu membuang pakaiannya yang berlumuran darah di terusan berhampira­n,” katanya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia