Harian Metro

Takut mimpi jadi betul

 Lelaki kelar leher bapa saudara kerana bimbang dibunuh

- Agensi

Jemi memberitah­u, dalam mimpinya, dia dikelar leher ketika tidur.

Sejak itu, dia semakin curiga dengan bapa saudaranya”

Suspek

Bimbang mimpi disembelih bapa saudara menjadi kenyataan, seorang lelaki di Desa Puuonua, Sulawesi Tenggara, Indonesia, membunuh bapa saudaranya sendiri, kelmarin.

Menurut laporan media Indonesia, Syed Muhammad Aslam Husain, 23, memberitah­u polis dia tertekan dan trauma kerana sering menjadi mangsa cacian bapa saudaranya, Syeh Ali, 51, sejak kecil.

Menurut Ketua Polis Kendari, Jemi Junaidi, pemuda itu kemudian bermimpi bapa saudaranya itu mengelar lehernya ketika dia sedang tidur.

“Dia memberitah­u, berdasarka­n mimpinya, dia dibunuh dengan senjata tajam pada bahagian leher ketika tidur. Sejak itu, dia semakin curiga dengan bapa saudaranya,” katanya.

Liputan6 melaporkan, berikutan itu, menurut Jemi, Syed Muhammad Aslam memutuskan bertindak lebih awal membunuh bapa saudaranya itu supaya dia tidak menjadi mangsa seperti dalam mimpinya.

“Daripada saya menjadi mangsa seperti dalam mimpi, lebih baik saya melakukann­ya dulu,” katanya kepada polis.

Polis memberitah­u, mangsa maut selepas lehernya dikelar suspek dengan senjata tajam dipercayai pisau.

Berikutan itu, polis menghantar suspek ke Hospital Kendari untuk menjalani pemeriksaa­n mental dan keputusann­ya akan diketahui tidak lama lagi.

Jemi berkata, selepas mendapat keputusan itu, pihaknya akan menentukan jenis pertuduhan yang bakal dikenakan terhadap suspek.

 ??  ?? SYED Muhammad Aslam (tengah) ketika ditahan anggota polis kerana membunuh bapa saudaranya sendiri. - Liputan6
SYED Muhammad Aslam (tengah) ketika ditahan anggota polis kerana membunuh bapa saudaranya sendiri. - Liputan6

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia