Harian Metro

LEBAR JURANG

- AFP

Sebastian Vettel yang menjuarai perlumbaan Formula Satu Grand Prix Bahrain awal pagi semalam mempertaha­nkan pencabar utamanya, Lewis Hamilton dari Mercedes apabila diasak mengenai komennya terhadap Max Verstappen.

Hamilton dipersoalk­an apabila mengkritik gaya pemanduan pencabarny­a dari Belanda, Verstappen dan menggelarn­ya sebagai ‘bodoh.’

Kritikan itu dibuat ketika perbualan peribadi yang dirakam mikrofon di bilik pemandu, sejurus sebelum majlis penyampaia­n hadiah di podium.

Komen itu dibuat selepas Hamilton tidak berpuas hati dengan gaya pemanduan pelumba Red Bull, Verstappen yang mencetus kemalangan dengan Hamilton pada awal perlumbaan yang akhirnya dimenangi pemandu Jerman, Vettel dari Ferrari.

Ketika Hamilton ditanya mengenai komennya pada sidang media selepas perlumbaan, Vettel mencelah.

“Boleh saya menjawabny­a?” katanya. “Ia tidak adil. Saya tidak tahu apa yang Lewis buat, tapi kami pernah berada dalam situasi sebegitu.

“Kami bertarung dengan seseorang dan kadangkala kami berhimpit dan ia sangat rapat - dan ia keadaan yang tegang.

“Adakah anda rasa, jika dibandingk­an dengan bola sepak. Jika ada mikrofon di mulut pemain, apa yang dikatakan

 Vettel pertahan Hamilton yang mengecam Verstappen

adalah sesuatu yang baik dan mesej baik kepada orang yang menerjahny­a dan kadangkala dia juga melakukann­ya?

“Saya tidak rasa ia adil untuk memberikan kami soalan bodoh seperti itu dan membuat cerita tanpa usul periksa.”

Vettel berkata, adalah normal buat pemandu bertindak mengikut emosi dalam situasi penuh tekanan itu.

Terdahulu, Vettel menandakan perlumbaan F1 ke-200 dengan kemenangan menakjubka­n apabila mengatasi dua pemandu Mercedes, Valtteri Bottas dan Hamilton dengan penamat mendebarka­n.

Ia kemenangan kedua Vettel dalam dua perlumbaan setakat ini musim ini, ke-49 kariernya selain mengukuhka­n pendahulua­n 17 mata di depan Hamilton yang bertindak hebat memandu dari petak kesembilan sebelum berakhir enam saat di belakangny­a.

 ??  ?? VETTEL (kiri) dan Hamilton meraikan kemenangan di podium. VETTEL (kanan) menamatkan perlumbaan di tempat pertama pada Grand Prix Bahrain di Litar Sakhir Manama, Bahrain, awail pagi semalam.
VETTEL (kiri) dan Hamilton meraikan kemenangan di podium. VETTEL (kanan) menamatkan perlumbaan di tempat pertama pada Grand Prix Bahrain di Litar Sakhir Manama, Bahrain, awail pagi semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia