Harian Metro

Suarez mahu elak bertemu Liverpool

-

Barcelona: Penyerang Barcelona, Luis Suarez (gambar) mahu mengelak daripada bertemu Liverpool dan menegaskan dia lebih suka untuk menentang Real Madrid pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara.

Barcelona dijangka mudah mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas berkelebih­an besar menerusi jaringan 4-1 ke atas AS Roma pada suku akhir pertama minggu lalu.

Kelab gergasi Catalunya itu mudah menumbangk­an Roma pada aksi di laman sendiri yang menyaksika­n Suarez dan Gerard Pique masing-masing meledak satu gol sementara dua lagi disumbangk­an jaringan sendiri pemain Roma, Daniele de Rossi dan Kostas Manolas.

Dengan kelebihan tiga gol, Roma sudah pasti berdepan cabaran sukar meskipun memiliki kelebihan beraksi di tempat sendiri pada suku akhir kedua, awal pagi esok.

Bagaimanap­un, Suarez mengakui dia gentar untuk bertemu bekas pasukannya, Liverpool pada separuh akhir memandangk­an reputasi hebat yang dimiliki jentera serangan pasukan itu.

Pemenang Don Balon itu menegaskan Reds memiliki jentera serangan berbisa apabila membariska­n Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino yang mampu mendatangk­an masalah kepada pertahanan Barcelona.

Justeru, pemain Uruguay itu lebih rela untuk menempah pertemuan separuh akhir bertemu seteru La Liga, Real Madrid yang ditewaskan 3-0 dalam aksi El-Clasico sebelum ini.

Suarez sendiri meledak satu gol ketika menumbangk­an anak buah Zinedine Zidane, selain Lionel Messi dan juga Aleix Vidal masing-masing menyumbang satu gol. Agensi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia