Harian Metro

Cabaran getir Van Dijk

 Liverpool hadapi ujian terbesar temui Man City awal pagi esok

- AFP

Virgil van Dijk (gambar) menepati statusnya sebagai pertahanan termahal dalam karier pendeknya di Liverpool, namun berdepan Manchester City yang terdesak pada suku akhir kedua Liga Juara-Juara, awal pagi esok akan menjadi ujian terbesar buatnya.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu boleh membariska­n penyerang paling mahal dunia bagi misi menyelamat itu, namun mereka mungkin menyesal terlepas khidmat Van Dijk, jika gagal menukar defisit 0-3 selepas perlawanan pertama.

Liverpool mengatasi saingan City bagi mendapatka­n Van Dijk Januari lalu dari Southampto­n, enam bulan selepas usaha mereka mendapatka­n pemain Belanda itu gagal.

Juergen Klopp dikritik pada awal kempen kerana enggan berbelanja besar untuk membeli pemain lain seperti Van Dijk, ketika peluang Liverpool untuk mencabar City bagi gelaran liga lenyap kerana masalah per- tahanan.

Bagaimanap­un, kesabaran pengendali Jerman itu untuk mendapatka­n sasaran utama berbaloi ketika Van Dijk mengetuai perubahan di Liverpool untuk mengekang lawan mereka.

“Apa yang kami perlukan di Liverpool adalah pemain sebegini yang juga pemimpin,” kata Klopp mengenai pengaruh Van Dijk.

Kapten Belanda itu bagaimanap­un akan berdepan ujian sebenar di Etihad, gelanggang Liverpool tewas 0-5, awal musim ini.

Skuad kendalian Klopp juga dibelasah 4-1 oleh Tottenham dan seri 3-3 di Arsenal dan Sevilla, sebelum kehadiran Van Dijk.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia