Harian Metro

Conte kian kecewa

- Reuters

Kegagalan Chelsea menewaskan pasukan bawahan dari London, West Ham United dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi semalam merumuskan apa yang berlaku sepanjang musim ini, menurut pengurus Antonio Conte.

Keputusan seri 1-1 pada perlawanan didominasi Chelsea menyebabka­n mereka kurang 10 mata daripada kedudukan empat teratas yang menjamin tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

Ditanya sama ada mereka boleh mengurangk­an defisit berbaki enam perlawanan, Conte hanya ketawa bagi memberinya ruang meluahkan kekecewaan.

Rasa kecewanya turut merebak kepada penyokong yang mengejek ketika wisel penamat.

Ramai antara mereka percaya pengendali dari Itali itu akan meninggalk­an kelab itu hujung musim ini, hanya 12 bulan selepas menjuarai Liga Perdana.

“Saya rasa dengan perlawanan ini kami boleh lihat musim kami,” kata Conte.

“Kami boleh mencipta banyak peluang tapi kami tidak mengambiln­ya. Kemudian kami melepaskan dua cubaan dan melepaskan satu gol.

“Kami menunjukka­n persembaha­n yang baik sepanjang musim tapi kami perlu menjaringk­an gol. Ini bukan kali pertama dan banyak yang kami perlu perbaiki. Apabila anda kekal dalam posisi ini dalam liga, ia bermakna anda bermasalah.”

Bagi Cesar Azpilicuet­a, yang meletakkan pasukan bimbingan Conte di depan

 Chelsea hanya sekadar seri 1-1 dengan Hammers

sebelum gol penyamaan lewat Javier Hernandez, ia musim yang tidak boleh diterima walaupun jika mereka menjuarai Piala FA, ketika mereka akan berdepan Southampto­n pada separuh akhir.

“Piala FA trofi besar tapi tidak cukup buat kami. Kami akan cuba menang tapi piala itu tidak cukup untuk menyelamat­kan musim kami,” kata Azpilicuet­a.

 ??  ?? AZPILICUET­A (tengah) menjaringk­an gol pada pertemuan dengan West Ham, awal pagi semalam.
AZPILICUET­A (tengah) menjaringk­an gol pada pertemuan dengan West Ham, awal pagi semalam.
 ??  ?? CONTE memberi arahan kepada pemain di luar padang.
CONTE memberi arahan kepada pemain di luar padang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia