Harian Metro

Tiada kekalahan ‘meragukan’ skuad The Seagulls

-

Kuala Lumpur: Kegiatan menjual perlawanan mahupun pembabitan unsur tidak diingini sering dikaitkan dengan pasukan yang berdepan masalah tunggakan gaji hingga berbulan-bulan seperti dialami pasukan Liga Perdana, Kuantan FA ketika ini.

Namun, meskipun berdepan masalah tunggakan gaji selama tiga bulan, The Seagulls dilihat bebas daripada sebarang unsur tidak diingini meskipun sekadar menduduki tangga kelapan selepas lima aksi Liga Perdana setakat ini.

Kesimpulan itu dibuat selepas meneliti rekod lima perlawanan mereka dalam liga dan tiada kekalahan ‘meragukan’ dilakar anak buah Ismail Zakaria itu walaupun bermain secara percuma memandangk­an mereka tidak dibayar sebarang gaji sejak musim bermula.

Berdasarka­n keputusan perlawanan, mereka hanya tewas tipis dalam dua perlawanan iaitu 0-1 pada aksi pembukaan di tangan Sarawak dan 0-1 di tangan pendahulu, FELDA United pada aksi kelima liga dengan satu-satunya kemenangan yang diraih apabila membenam pendatang baru, UKM FC 4-0, selain seri 1-1 dengan MIFA dan UiTM FC.

Pemain berpengala­man Kuantan FA, Ghani Rahman mengakui kegiatan tidak sihat itu mampu menyusup masuk dalam pasukannya yang kini berdepan masalah, namun dia sentiasa mengingatk­an rakan sepasukan supaya tidak terjebak dengan gejala terbabit.

“Jika berdepan masalah sebegini, sudah tentu unsur terbabit boleh masuk dalam pasukan namun sebagai pemain berpengala­man, kita perlu menasihati rakan sepasukan mengenai apa perlu dilakukan dan apa sepatutnya dijauhi.

“Ia bukan membabitka­n duit namun maruah paling penting. Itu perkara utama yang perlu kita jaga sebagai pemain bola sepak,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN Kuantan FA, Zarko Korac (hadapan) dikawal ketat pemain FELDA United, Curran Ferns.
PEMAIN Kuantan FA, Zarko Korac (hadapan) dikawal ketat pemain FELDA United, Curran Ferns.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia