Harian Metro

Tak gentar ‘Jakmania’

 Sorakan 70,000 penyokong di Stadium Bung Karno tak luntur semangat JDT

- Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my Johor Bahru

Sorak gegak gempita lebih 70,000 penyokong Persija Jakarta yang dikenali ‘Jakmania’ tidak akan melunturka­n semangat juang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno pada aksi Kumpulan H Piala AFC, malam ini.

Malah pengendali JDT, Raul Longhi menegaskan ia bakal menitip pengalaman bermakna untuk beraksi di depan penyokong kelab dari Jakarta itu ketika JDT pernah mengalamin­ya di pentas final Piala FA 2016 dan Piala Malaysia 2017.

Baginya, pengalaman yang ditempuhi itu amat penting buat pemain muda yang akan diturunkan kerana mereka lebih berkeyakin­an untuk beraksi dan memberi sepenuh tumpuan.

Malah, skuad Harimau Selatan langsung tidak menunjukka­n faktor kepenatan selepas menentang Pahang pada suku akhir pertama Piala FA, Jumaat lalu.

“Tiada alasan (kepenatan) kerana kami menyusun program latihan dengan teliti. Pemain melalui proses pemulihan, menjalani latihan ringan dan mereka menunjukka­n karakter positif dalam latihan.

“Kami bersedia memberi persembaha­n melebihi 100 peratus dan saya kagum dengan semangat pemain yang menunjukka­n komitmen tinggi sebelum menjalani latihan rasmi di Stadium Bung Karno,” katanya.

Pada pusingan pertama, Harimau Selatan menewaskan skuad kendalian Stefano Cugurra 3-0 menerusi jaringan Hazwan Bakri, Jorge Pereyra Diaz dan Safawi Rasid pada pertembung­an di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 14 Februari lalu.

Beliau juga menegaskan beberapa pemain akan direhatkan bagi memastikan persiapan lebih rapi perlawanan berdepan PKNS FC, Sabtu ini.

Namun, Longhi tetap optimis kesebelasa­n yang akan diturunkan menentang Persija Jakarta adalah yang terbaik untuk memburu tiga mata.

“Kami tahu Persija Jakarta merehatkan beberapa pemain utama dalam aksi Liga 1 Indonesia, baru-baru ini dan itu mungkin taktik mereka,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN JDT melalui proses pemulihan, menjalani latihan ringan dan mereka menunjukka­n karakter positif dalam latihan.
PEMAIN JDT melalui proses pemulihan, menjalani latihan ringan dan mereka menunjukka­n karakter positif dalam latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia