Harian Metro

Tamat kontrak pemain tanpa surat rasmi

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) kecewa dengan cara segelintir persatuan dan kelab yang tidak profesiona­l dalam menamatkan kontrak pemain tanpa surat rasmi.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Izham Ismail berkata, semua pihak termasuk pemain perlu sedar mengenai tanggungja­wab dalam kontrak dan memahami peraturan serta undang-undang bagi memastikan perkara sedemikian tidak berlaku.

“Apa yang berlaku jelas situasi yang mengecewak­an kerana mengikut peraturan Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA), tidak ada seorang pemain yang boleh ditamatkan kontrak secara tidak adil.

“Ia perlu melalui proses tertentu untuk menilai kerjaya seorang pemain dan pengurusan tidak boleh mengambil tindakan begitu saja untuk menamatkan kontrak.

“Jadi, kami mengharapk­an pemain boleh merujuk PFAM supaya kami boleh meneliti kes terbabit dan berusaha menyelesai­kannya dengan saluran yang betul,” katanya semalam.

Mengulas lanjut mengenai penamatan kontrak beberapa pemain Kelantan termasuk S Veenod, Izham menjelaska­n pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pemain terbabit dan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bagi membincang­kan isu berkenaan dengan lebih mendalam.

“Buat masa ini, tiada surat tamat kontrak rasmi yang dikeluarka­n. Jadi, kami perlu menunggu pengurusan KAFA untuk berjumpa dengan pemain dalam masa terdekat. “Apa pun, pemain terbabit juga sudah menghubung­i kami dan kami sedang meneliti kes terbabit,” katanya.

Tidak ada seorang pemain yang boleh ditamatkan kontrak

secara tidak adil

Izham Ismail

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia