Harian Metro

Adam terkilan gagal raih podium

-

Kuala Lumpur: Meskipun berjaya meraih penamat terbaik dalam karier Moto3 di Grand Prix Argentina awal pagi semalam, namun pelumba negara, Adam Norrodin masih belum berpuas hati dengan pencapaian­nya itu.

Pelumba PETRONAS Sprinta Racing itu menamatkan pusingan kedua musim 2018 di Sirkit Termas de Rio Hondo di tangga kelima dengan catatan 41 minit 52.934 saat tatkala Marco Bezzecchi dari Redox PruestelGP, menguasai perlumbaan dalam keadaan permukaan litar basah.

“Jujurnya, saya kecewa kerana misi saya mahu menamatkan saingan di podium kerana tahu kemampuan saya selain selesa dengan jentera,” kata Adam yang kini memasuki tahun ketiga dalam kelas Moto3.

“Namun, pada pertengaha­n perlumbaan, saya tidak boleh lagi memberi saingan kerana sudah mencapai had kemampuan. Jadi, ia sukar biarpun dari awal boleh bersaing bersama mereka, namun di pertengaha­n saya bergelut.

“Disebabkan itu, saya hanya melakukan yang terbaik hinggalah ke garisan penamat dan penamat kelima itu tetap keputusan yang baik untuk awal musim ini.”

Selepas dua perlumbaan, Adam kini sudah mengumpul 16 mata untuk berada di tangga kelapan keseluruha­n.

Sementara itu, dalam kelas Moto2, dua pelumba negara, Khairul Idham Pawi dan Zulfahmi Khairuddin, masing-masing menamatkan perlumbaan di tangga ke-24 dan 26.

Khairul Idham yang pernah muncul juara di Argentina dalam kelas Moto3 dua tahun lalu dan bersama Idemitsu Honda Team Asia kali ini, dia menamatkan perlumbaan dengan catatan 41:47.659s, manakala Zulfahmi yang membuat kemunculan pertamanya dalam kelas pertengaha­n musim ini mencatat 42:10.531s.

Zulfahmi yang mewakili pasukan SIC Racing berkata: “Secara keseluruha­n, saya gembira kerana meraih permulaan yang baik serta dapat memintas beberapa pelumba lain di beberapa pusingan.

“Saya cuba kekalkan kedudukan dalam kelompok 20 pelumba teratas tapi malangnya, tidak dapat mengekalka­n kelajuan.” aksi final Terbuka Finland itu.

Ketika ini, Datuk Lee Chong Wei, Lee Zii Jia dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin hampir pasti disenaraik­an dalam skuad negara dengan fokus terarah kepada perebutan tempat untuk perseorang­an keempat.

Selain Jun Hao, June Wei, Soong Joo Ven dan perseorang­an profesiona­l, Goh Giap Chin turut berada dalam radar Misbun bagi disenaraik­an ke Bangkok.

 ??  ?? ADAM bermula dengan baik sebelum bergelut di pertengaha­n perlumbaan.
ADAM bermula dengan baik sebelum bergelut di pertengaha­n perlumbaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia