Harian Metro

Pescao tak toleh belakang!

- Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan saingan Grand Prix Argentina di tangga kesembilan ketika tumpuan terarah kepada drama antara Valentino Rossi dan Marc Marquez, awal pagi semalam.

Penamat kesembilan membolehka­n pelumba Monster Yamaha Tech3 itu meraih tujuh mata, sekali gus meletakkan­nya berada di puncak kedudukan pertama dalam kedudukan carta muka baru bagi kelas perdana itu.

Pelumba dari Itali, Franco Morbidelli berada di tangga kedua carta itu dengan enam mata, manakala Taaki Nagakami (Jepun) ketiga, tiga mata selepas dua perlumbaan.

“Syukur saya dapat penamat di tangga kesembilan,” kata Hafizh. “Saya berada di tangga pertama untuk pelumba muka baru.

“Saya memang memberi 100 peratus untuk perlumbaan ini. Saya yakin dengan jentera dari awal hingga akhir saingan. Cuma pada sesi kelayakan agak sukar kerana tidak merasai cengkaman untuk memberhent­ikan motosikal.

“Jadi, dalam perlumbaan, saya meletakkan­nya sebagai motivasi penuh dan percaya mampu menunggang hingga tangga kesembilan,” katanya.

Rakan sepasukan Hafizh, Johann Zarco meraih penamat

 Hafizh raih tujuh mata, tamat GP Argentina di tangga kesembilan

di tangga kedua, manakala pelumba LCR Honda Castrol, Cal Crutchlow muncul pemenang dengan catatan 40 minit 36.342 saat.

Pusingan ketiga musim 2018 dijadual berlangsun­g di GP Amerika Syarikat pada 22 April ini.

“Penamat yang bermakna untuk saya. Terima kasih kepada pasukan, kru, keluarga dan peminat. Saya akan buat yang terbaik di Austin nanti dan terus berusaha terutama dari sudut fizikal,” katanya. Kuala Lumpur: Perseorang­an lelaki negara, Leong Jun Hao enggan mendabik dada di sebalik kejayaanny­a muncul juara Terbuka Finland kelmarin, apabila menegaskan perjalanan­nya masih panjang dalam misi menjadi jaguh dunia.

Malah, juara remaja Asia 2017 itu tidak menganggap kejayaan itu mampu menjadi tiket automatik bagi mendapat

 ??  ?? JUN Hao (kanan) dan June Wei (kiri) pada Terbuka Finland, kelmarin.
JUN Hao (kanan) dan June Wei (kiri) pada Terbuka Finland, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia