Harian Metro

Sinar buat Malaysian Tigers

-

Gold Coast: Skuad hoki negara kembali bersemanga­t untuk bertemu India pada aksi Kumpulan B Sukan Komanwel Gold Coast 2018 hari ini tatkala pasukan kendalian Stephen Van Huizen menyimpan hajat membalas dendam di Pusat Hoki Gold Coast.

England dan India masing-masing menghimpun empat mata dengan pasukan Eropah itu mengunggul­i kumpulan berdasarka­n perbezaan gol, diikuti Pakistan (3 mata), Malaysia (3) dan Wales (1).

Kemenangan pada aksi ketiga kumpulan hari ini akan menjamin tiket ke separuh akhir buat India di ranking keenam dunia selepas diikat Pakistan 2-2 dalam pertemuan sulung sebelum bangkit mengatasi Wales 4-3.

Pengendali India, Sjoerd Marijne berkata, pasukannya perlu berhati-hati dan harus mengelak daripada menghadiah­kan pukulan sudut penalti kepada Malaysia yang dianggap memiliki kekuatan di bahagian itu.

“Kami perlu berada dalam keadaan terbaik jika berhasrat menewaskan Malaysia. Esok, kami perlu memanfaatk­an peluang yang terhidang, terutamany­a dari segi pukulan sudut penalti,” kata Marijne.

Sebagai rekod, Malaysia tewas dalam tiga pertemuan terakhir dengan India selepas kali terakhir pasukan ranking ke-12 dunia itu menjinakka­n musuhnya itu pada Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London, tahun lalu.

Malaysia akan turun membuat perhitunga­n hari ini dalam keadaan segar apabila mempunyai rehat tiga hari selepas kemenangan 3-0 ke atas Wales.

Stephen berkata, pertembung­an menentang India dan Pakistan yang dijadual berlangsun­g dalam tempoh kurang dari 24 jam amat penting dalam menentukan peluang skuad negara.

“India dan Pakistan musuh tradisi dan perlawanan menentang mereka sentiasa sengit. Kami perlu menewaskan mereka untuk mengimpika­n peluang mara ke separuh akhir.”

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat Sukan Komanwel adalah gangsa di Melbourne 2006.

 ??  ?? VAN Huizen (tengah) memberi kata-kata semangat kepada anak buahnya.
VAN Huizen (tengah) memberi kata-kata semangat kepada anak buahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia