Harian Metro

Simbine sambar emas

- Agensi

 Jagoan Afrika Selatan dinobatkan Raja Pecut Gold Coast 2018, ketepi Blake

Akani Simbine dinobat selaku Raja Pecut Sukan Komanwel Gold Coast 2018 selepas mengetepik­an bintang pilihan dari Jamaica, Yohan Blake dalam aksi final 100 meter di Stadium Carrara, malam tadi.

Blake, yang menjadi pilihan berikutan ketiadaan pelari yang sudah bersara Usain Bolt, membuat permulaan perlahan apabila melakukan kesilapan ketika di blok.

Ia dimanfaatk­an sebaik mungkin Simbine dari Afrika Selatan untuk menyambar pingat emas dengan catatan masa 10.03 saat untuk mengatasi rakan senegarany­a, Henricho Bruintjies di tempat kedua dengan 10.17s.

Blake pula sekadar berpuas hati dengan gangsa selepas hanya

(gambar)

mencatat 10.19s, biarpun muncul sebagai pelari terpantas pada saingan separuh akhir menerusi catatan masa

10.06s.

“Saya tersilap di permulaan. Saya tewas sejak dari awal lagi,” kata Blake.

“Ia sepatutnya menjadi cara yang baik untuk kembali ke kemuncak. Ia amat mengecewak­an saya.”

Sementara itu, Michelle-Lee Ahye membuktika­n mengapa dia menjadi pilihan

100m wanita apabila mendominas­i pentas final dengan rentak larian sempurna.

Ahye memastikan Trinidad & Tobago memenangi emas pertama dalam acara riben biru wanita dengan melakar kepantasan 11.14s untuk mengatasi dua pelari Jamaica, Christania Williams (11.21) dan Gayon Evans

(11.22).

 ??  ?? AKSI SIMBINE (dua dari kiri) ketika bersaing dengan Blake (tengah).
AKSI SIMBINE (dua dari kiri) ketika bersaing dengan Blake (tengah).
 ??  ?? REAKSI Blake selepas tumpas kepada Simbine.
REAKSI Blake selepas tumpas kepada Simbine.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia