Harian Metro

‘Srikanth lebih bagus’

-

 Chong Wei akur hasrat menyamai rekod Kien Keat lebur

kebelakang­an ini timbul persoalan sama ada Sukan Komanwel masih relevan untuk dianjurkan.

Antara isu terbesar yang diperkatak­an adalah mengenai taraf atlet yang tidak seimbang antara negara yang bertanding ‘bagai langit dengan bumi.’

Malah, ada beberapa atlet bertaraf dunia yang berasakan penyertaan mereka dalam temasya kedua terbesar dunia itu hanya sekadar membuang masa.

Sebagai contoh, Usain Bolt, pemegang rekod dunia 100m dan 200m, sanggup menarik diri daripada edisi 2010 kerana berasakan ia berlangsun­g

Hasrat Datuk Lee Chong Wei untuk muncul atlet Malaysia paling berjaya dalam saingan Sukan Komanwel tidak kesampaian apabila skuad badminton negara tewas 1-3 di tangan India pada aksi final berpasukan campuran di Gold Coast, semalam.

Chong Wei memburu pingat emas berpasukan campuran bagi menyamai rekod Koo Kien Keat yang meraih lima gelaran juara dan berpeluang mengatasin­ya dalam saingan individu.

Beregu campuran India, Satwik Rankireddy-Ashwini Ponnappa menyumbang mata pertama India apabila menundukka­n Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 21-14, 15-21, 21-15 dalam tempoh 65 minit.

Peng Soon-Liu Ying berjaya mendahului 11-7 pada aksi set penentuan, tetapi Satwik-Ashwini

Gold Coast: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menggesa pemain negara supaya bangkit dalam saingan individu susulan kekalahan 1-3 di tangan India dalam aksi final berpasukan campuran Sukan Komanwel, semalam.

Kekalahan itu nyata pahit buat Malaysia apatah lagi tewas di tangan pasukan menukar strategi permainan mereka dan berjaya bangkit untuk memenangi perlawanan.

“Kami mengawal perlawanan ketika 11-7 sebelum mereka mengubah corak permainan. Kami cuba untuk melakukan serangan balas, tapi tidak berjaya,” kata Liu Ying.

Pemain nombor enam dunia, Chong Wei turun dengan misi untuk menyamakan kedudukan buat skuad negara, tetapi dia tewas kepada K Srikanth 17-21, 14-21, sekali gus membolehka­n India mendahului 2-0.

Chong Wei memuji Srikanth berikutan permainan kemasnya semalam.

“Dia bermain dengan amat bagus dan mantap dalam semua aspek. Saya tidak boleh berbuat apa-apa hari ini dan dia terlalu pantas di gelanggang,” katanya.

“Saya berharap untuk menang berpasukan campuran, tapi OK, saya masih mempunyai peluang dalam perseorang­an lelaki. Penting belajar daripada kekalahan dan kembali fokus terhadap acara individu.

“Kami tidak boleh menyalahka­n sesiapa berikutan kekalahan kepada India. Ia usaha sepasukan dan kami kalah sebagai satu pasukan.

“Setiap orang perlu bangkit dan melakukan yang terbaik dalam acara individu,” ujar Chong Wei, 36, yang mendapat bye pada pusingan pertama acara perseorang­an lelaki.

Malaysia berjaya merapatkan jurang menerusi kemenangan yang diraih beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang menewaskan Satwik-Chirag Chandrashe­khar 21-15, 22-20.

Saina Nehwal muncul wira India apabila menyumbang mata kemenangan selepas menewaskan Soniia Cheah 21-11, 19-21, 21-9 dalam aksi perseorang­an wanita.

Sementara itu, gangsa menjadi milik England yang menewaskan Singapura 3-0.

beregu campuran beraksi dalam acara perseorang­an wanita tapi Soniia berkeras mahu bermain.

“Dia bermain dengan baik hari ini, tapi ia sentiasa menjadi tugas yang mencabar buat dirinya. Saya fikir kita sepatutnya mendapat keputusan yang baik dalam beregu campuran kerana lawan tidak berada dalam kelompok 10 terbaik dunia,” kata Norza.

 ??  ?? CHONG Wei gagal menyamakan kedudukan buat skuad apabila tewas di tangan Srikanth, semalam.
ZAIDATUL
CHONG Wei gagal menyamakan kedudukan buat skuad apabila tewas di tangan Srikanth, semalam. ZAIDATUL
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia