Harian Metro

Maut kereta terbabas langgar pokok sawit

-

menawan gunung itu bersama 19 ahli pasukan pendaki Kinabalu Bah dari Tuaran.

Menurut Jaafri, isteri dan tiga anak perempuann­ya menamatkan pendakian hingga ke puncak tanpa menghadapi sebarang masalah walaupun kali pertama menyertai misi pendakian mencabar itu.

Katanya, ketika mereka tiba di puncak gunung, sebahagian besar air yang ada di situ didapati beku menjadi ais disebabkan suhu terlalu sejuk.

“Walaupun suhu terlalu sejuk ketika itu, saya dapat saksikan sendiri semangat juang yang tinggi ditunjukka­n isteri dan tiga anak perempuan saya membolehka­n mereka menamatkan pendakian,” katanya yang sudah beberapa kali menawan puncak Gunung Kinabalu.

Sebelum merealisas­ikan impian menawan Gunung Kinabalu, lima sekeluarga itu menjalani latihan lasak hampir setahun di beberapa bukit di daerah ini seperti Bukit Perahu, Tamparuli; Bukit Bongol, Kota Belud; Nuluh Lapai dan Tirig di Telipok. Lahad Datu: Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas kereta Perodua Kelisa dinaiki terbabas dan terlanggar pokok kelapa sawit di Kilometer 36 Jalan Lahad Datu-Tawau, pagi semalam.

Dalam kejadian jam

6.30 pagi itu, pemandu kenderaan, Jumain Jumiran, 32, maut di tempat kejadian manakala penumpangn­ya Nur Farahana Zuliflee, 23, mengalami kecederaan di kaki.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Hamzah

Ahmad berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Tawau menghala ke Lahad Datu.

“Siasatan awal mendapati kemalangan di laluan selekoh itu berlaku selepas pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaann­ya lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan terlanggar pokok kelapa sawit sebelum terbalik.

“Mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan akibat cedera parah di kepala dan bahagian rusuk kanan manakala seorang penumpang wanita cedera di kaki dan dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatka­n rawatan,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Hamzah berkata, siasatan awal mendapati pemandu tidak berada di bawah pengaruh alkohol, namun ujian darah diambil untuk tindakan selanjutny­a.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? NURAMISYAH (kiri) sedang mendaki Gunung Kinabalu. NURAMISYAH memegang kepingan ais. JAAFRI (kiri) bersama keluarga di puncak
Gunung Kinabalu.
NURAMISYAH (kiri) sedang mendaki Gunung Kinabalu. NURAMISYAH memegang kepingan ais. JAAFRI (kiri) bersama keluarga di puncak Gunung Kinabalu.
 ??  ?? SEORANG maut dan seorang cedera selepas Perodua
Kelisa terbabas dan terlanggar pokok kelapa sawit.
SEORANG maut dan seorang cedera selepas Perodua Kelisa terbabas dan terlanggar pokok kelapa sawit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia