Harian Metro

Wanita antara 10 individu ditahan

-

Semporna: Seorang wanita antara 10 individu yang ditahan dalam Ops Sarang Bersepadu dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna sepanjang lima hari operasi bermula Rabu lalu.

Daripada jumlah itu, empat individu ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu, manakala enam lagi disyaki positif dadah jenis sama.

Antara yang ditahan ialah seorang lelaki berusia 30-an disyaki pengedar kerana memiliki syabu seberat 50.15 gram, dianggar bernilai RM4,500 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Ice Box, di sini, Khamis lalu.

Dalam operasi jam 3 pagi itu, suspek berusia 30-an cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis, namun berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Semporna Superinten­dan Peter Umbuas berkata, hasil pemeriksaa­n dalam rumah itu, polis menemui satu bekas berwarna hitam di ruang tamu.

“Pemeriksaa­n lanjut menemui tiga peket plastik lut sinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis methamphet­amine atau syabu bersama peralatan membungkus bahan terbabit.

“Suspek warga tempatan itu direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Dalam serbuan berasingan, polis menahan lelaki warga Filipina berusia 40-an yang dipercayai memiliki syabu seberat 33.95 gram di kawasan Kampung Batu, di sini, Rabu lalu.

Peter berkata, dalam kejadian jam 6 petang itu, polis menemui dua peket plastik mengandung­i syabu dalam beg suspek.

 ??  ?? PETER (tengah) menunjukka­n barang rampasan pada Ops Cegah Jenayah dan Ops Sarang Bersepadu.
PETER (tengah) menunjukka­n barang rampasan pada Ops Cegah Jenayah dan Ops Sarang Bersepadu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia