Harian Metro

Taktik baru

 Tawar khidmat tambah nilai kepada ‘kaki judi’ secara atas talian

- Mohd Latif Ahmad news@nstp.com.my

Premis menjual kad tambah nilai prabayar telefon bimbit didapati menawarkan khidmat tambah nilai kepada ‘kaki judi’ secara atas talian di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, modus operandi baru digunakan sindiket perjudian itu dikesan dalam operasi khas yang dijalankan pihaknya, bermula 2 April lalu dan berakhir kelmarin.

Beliau berkata, selain serbuan ke premis menawarkan khidmat tambah nilai itu, polis juga menyerbu kedai serbaneka dan kedai kopi yang beroperasi 24 jam yang menawarkan perjudian dengan 33 serbuan di 11 lokasi di seluruh negeri.

“Keseluruha­nnya, enam serbuan membabitka­n premis menjual kad tambah nilai prabayar telefon bimbit dengan 10 individu ditahan, selain rampasan lapan telefon bimbit dan wang tunai RM7,085.

“Hasil siasatan mendapati premis terbabit menyediaka­n khidmat tambah nilai prabayar telefon bimbit, khusus kepada ‘kaki judi’ yang terbabit dalam kegiatan perjudian atas talian,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dev berkata, 26 serbuan lagi membabitka­n kes penjualan nombor ekor secara haram dengan keseluruha­nnya 32 individu ditahan, selain rampasan wang tunai RM7,700 dipercayai hasil kegiatan berkenaan.

“Turut dirampas pelbagai peralatan komunikasi, termasuk telefon bimbit, mesin pencetak mudah alih, mesin pengira elektronik, slip pertaruhan dan alat tulis dipercayai digunakan dalam kegiatan haram itu,” katanya.

Beliau berkata, operasi khas itu turut membongkar kegiatan perjudian holo di sebuah rumah di Taman BDC membabitka­n penahanan lima individu dan rampasan wang pertaruhan berjumlah RM2,141.

“Keseluruha­nnya, 47 individu ditahan dalam operasi khas ini, dengan 34 daripadany­a lelaki, manakala selebihnya wanita berusia antara 17 hingga 58 tahun,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis menyerbu lokasi perjudian dalam satu operasi khas yang dilaksanak­an Jabatan Siasatan Jenayah di seluruh negeri Sarawak. Gambar kecil, antara barangan yang dirampas.
ANGGOTA polis menyerbu lokasi perjudian dalam satu operasi khas yang dilaksanak­an Jabatan Siasatan Jenayah di seluruh negeri Sarawak. Gambar kecil, antara barangan yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia