Harian Metro

Cara inovatif lupus aset perabot

-

Kuching: Empat sekolah rendah di sekitar bandar raya ini terpilih sebagai penerima terawal aset perabot dan kelengkapa­n pejabat terpakai milik Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sarawak.

Selain Sekolah Kebangsaan (SK) Ong Tiang Swee, turut menerima agihan perabot berkenaan ialah SK Semerah Padi, SK Astana dan SK Madrasah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan.

Pengarah LPKP Sarawak Razami Mohamad Jamali berkata, ia sebahagian daripada kaedah pelupusan aset pejabat agensi berkenaan, terutama membabitka­n perabot dan kelengkapa­n yang tidak lagi digunakan.

“Keseluruha­n, 27 aset perabot dan kelengkapa­n pejabat tidak lagi digunakan dengan sebahagian besarnya berada dalam keadaan baik. Justeru, bagi mengelak pembaziran jika dilupuskan begitu saja, kita mengambil inisiatif memberi kepada mana-mana sekolah yang terpilih.

“Ini membabitka­n kerusi, rak menyimpan surat dan kabinet besi yang tentunya boleh memberi manfaat kepada sekolah terbabit,” katanya selepas menghadiri majlis penyerahan aset berkenaan, di sini, semalam.

Beliau menjelaska­n, prosedur pelupusan itu perlu dilakukan susulan agensi terbabit berpindah dari pejabat lamanya di Jalan Rubber ke premis baru di Bangunan Sultan Iskandar.

“Pada 2015, LPKP Sarawak berpindah ke pejabat baru dan menerima bekalan perabot baru. Justeru, kita memiliki lebih 27 aset perabot dan kelengkapa­n pejabat yang masih boleh digunakan, malah kelihatan baru.

“Justeru, kita mengambil pendekatan menyerahka­n aset berkenaan kepada jabatan lain atau mana-mana sekolah yang memerlukan,” katanya.

 ??  ?? RAZAMI menyerahka­n aset perabot LPKP Sarawak kepada wakil dari SK Madrasah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan pada majlis penyerahan 27 aset perabot LPKP Sarawak di Kuching.
RAZAMI menyerahka­n aset perabot LPKP Sarawak kepada wakil dari SK Madrasah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan pada majlis penyerahan 27 aset perabot LPKP Sarawak di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia