Harian Metro

Pindah pasar tertua

- Kandau Sidi kandau@nstp.com.my

 MBM sedia tapak baru dekat Marina City

Majlis Bandaraya Miri (MBM) merancang memindahka­n pasar ikan tertua yang terletak di tengah bandar raya itu ke tapak baru berhampira­n Marina City, di sini, dalam tempoh terdekat.

Datuk Bandar Miri Adam Yii berkata, pemindahan itu perlu bagi menambah baik kemudahan untuk komuniti peniaga di premis terbabit, selain memastikan keselesaan pelanggan, termasuk meningkatk­an aspek kebersihan.

Beliau berkata, kemudahan itu membolehka­n peniaga menjalanka­n aktiviti perniagaan mereka dalam suasana lebih bersih dan selesa.

“MBM juga akan memastikan sistem saliran dan pengairan, termasuk lantai di pasar ikan di lokasi baru lebih baik untuk mengelakka­n ia berbau busuk.

“Ketika ini, keadaan pasar ikan di tengah bandar raya berkenaan kotor dan berbau busuk. Tiada sistem pengairan yang baik kerana kemudahan itu sudah begitu lama dibina di situ,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, kelmarin.

Adam berkata, banyak kemudahan asas disediakan kepada komuniti peniaga di kawasan pasar ikan yang baru itu nanti.

“Di lokasi pasar ikan lama itu, aliran trafik teruk, malah sering berlaku masalah kesesakan lalu lintas kerana kekurangan tempat letak kenderaan.

“Apabila pasar ikan di Marina Parkcity siap, kemudahan meletak kenderaan disediakan. Ini sekali gus memudahkan orang ramai mengunjung­i kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata, MBM akan memastikan bandar raya ini lebih bersih dan selamat untuk orang ramai, termasuk pelancong asing yang datang ke wilayah utara Sarawak.

 ?? Adam Yii ?? Di lokasi pasar ikan lama itu, aliran trafik teruk, malah sering berlaku masalah kesesakan lalu lintas kerana kekurangan tempat letak kenderaan”
Adam Yii Di lokasi pasar ikan lama itu, aliran trafik teruk, malah sering berlaku masalah kesesakan lalu lintas kerana kekurangan tempat letak kenderaan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia