Harian Metro

Liverpool masih belum selamat

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Bekalan selesa 3-0 yang dibawa Liverpool apabila bertandang ke Manchester City pada suku akhir kedua Liga Juara-Juara awal pagi esok dilihat masih belum selamat buat anak buah Juergen Klopp untuk mara ke kelompok empat terbaik musim ini.

Pada aksi pertama di Anfield minggu lalu, penyerang prolifik Mohamed Salah membuktika­n ketajamann­ya di depan gawang apabila menjaringk­an satu gol dan membantu Alex Oxlade-Chamberlai­n serta Sadio Mane masing-masing menambah gol kedua dan ketiga Liverpool.

Penyokong Liverpool Malaysia yang juga ahli kelab KL Kopites, P Logeswaran (gambar) mengingatk­an pemain Liverpool supaya tidak terlalu bertahan dengan hanya mahu menyerap asakan pemain lawan kerana ia boleh memakan diri sendiri.

“Kelebihan 3-0 memang cukup besar, namun ia juga boleh membawa masalah jika pemain terlalu selesa ketika beraksi.

“Saya harap Liverpool akan bermain seperti biasa dengan cuba memburu gol awal. Apapun, saya yakin Liverpool mampu menang dan mara ke pusingan berikutnya,” katanya.

Seorang lagi ahli kelab KL Kopites, S Vasu, mengakui kehadiran Salah pasti ditagih dalam aksi kedua di Stadium Etihad nanti dan berharap ayam tambatan dari Mesir itu akan meledak gol.

“Salah antara pemain utama Liverpool musim ini. Saya yakin dan percaya dia akan menjaringk­an gol lagi dalam perlawanan itu,” kata Vasu.

 ?? FOTO: ZULFADHLI ZULKIFLI ?? AHLI kelab KL Kopites berkumpul untuk memecah rekod di Petaling Jaya.
FOTO: ZULFADHLI ZULKIFLI AHLI kelab KL Kopites berkumpul untuk memecah rekod di Petaling Jaya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia