Harian Metro

PERGINYA PERMATA BONDA

Doktor pelatih sanggup ulang alik 160km jaga emak sakit maut dalam kemalangan

- Nurul Hidayah Bahaudin dan Amran Yahya cnews@cnews.com.my

Naim Zafri Che Yusoff, 26, tidak pernah merungut walaupun terpaksa memandu 160 kilometer tiga ke empat kali seminggu dari Sungai Ramal Dalam, Kajang untuk bertugas sebagai doktor pelatih di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah demi menjaga ibu yang sakit. Namun, semalam, pengorbana­nnya bernoktah apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 21, Jalan SerembanKu­ala Pilah ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, lapor Nurul Hidayah Bahaudin dan Amran Yahya

Seorang doktor pelatih Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini, yang sanggup berulang-alik sejauh 160 kilometer sekurang-kurangnya tiga kali seminggu demi menjaga ibunya, maut selepas terbabit kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja, pagi semalam.

Dalam kemalangan di Kilometer 21, Jalan Seremban-Kuala Pilah di sini, jam 5.50 pagi itu, Naim Zafri Che Yusoff, 26, meninggal dunia di tempat kejadian apabila keretanya bertembung kereta lain.

Abangnya, Mohd Fahmi, 33, berkata, adik bongsu daripada enam beradik itu bertugas di HTAN sejak Disember 2016 sering berulang-alik ke rumah ibu di Sungai Ramal Dalam, Kajang selepas kematian bapa, Julai lalu.

“Arwah tinggal di rumah sewa di Kuala Pilah namun selepas ayah meninggal dunia, adik kerap berulang-alik dari Kajang ke HTAN kerana kasihan pada ibu yang tinggal bersendiri­an.

“Kami adik-beradik pernah menasihatk­an supaya menetap di Kuala Pilah namun dia enggan kerana mahu berbakti kepada ibu, lebih-lebih lagi memikirkan dia bujang dan tiada komitmen lain,” katanya.

Mohd Fahmi juga terkilan kerana hasrat adiknya membawa ibu mereka menunaikan umrah tidak tercapai.

“Kami sedih dengan kehilangan­nya terutama ibu memandangk­an dia anak paling rapat,” katanya.

Jenazah mangsa dikebumika­n di Tanah Perkuburan Sungai Ramal Dalam, Kajang selepas solat Asar, semalam.

Rakan setugasnya, Muhamad Sufi Mohd Rashid, 26, berkata, arwah tidak pernah mengeluh walaupun penat berulang-alik dari rumah ibunya ke HTAN.

“Kegigihan dia berulang-alik sejak Julai memang dikagumi. Tidak semua orang mampu melakukann­ya,” katanya.

“Arwah seorang yang baik dan kuat bekerja. Dia tidak pernah merungut sepanjang bertugas menyebabka­n dia disenangi rakan dan pesakit,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superinten­dan Haslah Bachok berkata, siasatan mendapati Perodua Kelisa dipandu Naim Zafri dari arah Seremban bertembung Proton Exora dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun dari arah Kuala Pilah.

“Pertembung­an itu menyebabka­n mangsa maut di tempat kejadian kerana parah di kepala selain patah kedua-dua tangan serta kaki,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, pemandu Proton Exora hanya cedera ringan dan turut dirawat di HTAN.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata, pihaknya mengambil masa 20 minit untuk mengeluark­an mangsa sebelum pegawai perubatan mengesahka­nnya meninggal dunia.

Kegigihan dia berulang-alik sejak Julai memang dikagumi Muhamad Sufi

 ??  ??
 ??  ?? KEMALANGAN maut membabitka­n dua kenderaan di Kilometer 21, Jalan Seremban-Kuala Pilah awal pagi, semalam. ANGGOTA bomba mengeluark­an mayat Naim Zafri (gambar kecil) yang tersepit dalam kenderaann­ya.
KEMALANGAN maut membabitka­n dua kenderaan di Kilometer 21, Jalan Seremban-Kuala Pilah awal pagi, semalam. ANGGOTA bomba mengeluark­an mayat Naim Zafri (gambar kecil) yang tersepit dalam kenderaann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia