Harian Metro

JELMAAN AHMAD JAIS

Penuntut politeknik cari duit poket hasil persembaha­n nyanyi lagu era 1970-an

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Rakan sebayanya mungkin cenderung meminati lagu berentak terkini dan memuja penyanyi Barat mahupun K-pop, namun berbeza dengan Muhammad Yassin Mohd Daud, 21, yang bukan saja obses, malah berbakat menyanyika­n lagu lama era 1960 dan 1970-an.

Menjadikan Allahyarha­m Datuk Ahmad Jais sebagai idolanya, tidak hairanlah anak muda ini mampu menyanyika­n hampir 40 lagu bintang tersohor berkenaan seperti Hasratku, Lembaran Terakhir, Sumpah Setia, Dikau Pujaan, Untukmu Bunga, Sejak Kita Berpisah, Selamat Hari Raya dan banyak lagi.

Biarpun namanya belum cukup dikenali di persada muzik tanah air, dia yang juga penuntut Diploma Kejurutera­an Elektrik Politeknik Merlimau, Melaka ini mampu meraih pendapatan sendiri hasil jemputan nyanyian diterimany­a setiap bulan.

Menurut anak keenam daripada tujuh beradik ini, dia mula didedahkan dengan lagu lama itu sejak usianya lima tahun apabila bapanya, Mohd Daud Idris, 61, kerap memasang lagu dalam kereta setiap kali mereka keluar terutama balik ke kampung halaman dari kediaman mereka di Sungkai ke Slim River, Perak.

“Lagu lama sudah sebati dengan jiwa saya kerana membesar dengan lagu Allahyarha­m Ahmad Jais.

“Setiap kali pergi mana-mana termasuk balik ke kampung, ayah mesti memasang lagu kegemarann­ya itu, malah ketika di rumah pun sama hingga lama-kelamaan saya boleh menghafal lirik lagu dan menjadikan berkaraoke sebagai hobi.

“Bagi saya, lagu lama tidak luput ditelan zaman, liriknya membuatkan kita menghayati­nya sepenuh jiwa seolah-olah berada dalam situasi cerita lagu berkenaan.

“Saya pernah ada impian hendak jumpa Ahmad Jais sebelum dia meninggal dunia, tetapi apakan daya saya tak ada peluang itu,” katanya.

Menurutnya, sejak usianya 12 tahun, dia mencabar dirinya membawakan lagu Ahmad Jais dalam setiap persembaha­n dan pertanding­an nyanyian yang disertai.

“Saya pernah menjadi johan pertanding­an karaoke di kampung selain tersenarai antara 10 terbaik Pertanding­an Juara-Juara Negeri Perak serta tempat ketiga dalam pertanding­an anjuran Suruhanjay­a Syarikat Malaysia, tahun lalu.

“Pencapaian terbaik pernah saya raih ialah layak menjadi peserta peringkat suku akhir Bintang Klasik Kaseh 2016 anjuran Radio Klasik,” katanya.

Menurutnya, dia mula beralih menjadikan bakatnya itu bukan sekadar hobi, malah dijadikan sumber kewangan kerana tidak mahu menyusahka­n keluarga di kampung.

“Keluarga saya bukan orang senang. Ayah hanya mengambil upah menoreh getah orang di kampung kami,” katanya.

Muhammad Yassin berkata, dalam sebulan, dia biasanya mendapat tawaran jemputan nyanyian sama

Lagu lama sudah sebati dengan jiwa saya

Muhammad Yassin

ada untuk ekspo, karnival, hotel serta majlis perkahwina­n bukan saja di Melaka, malah di Johor dan Pahang.

“Insya-Allah, saya juga dalam perancanga­n membuat album solo pertama menampilka­n lagu baru hasil ciptaan A Rozaini (klon A Ramlie) yang akan saya bawakan dalam versi suara Ahmad Jais,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Yassin ketika membuat p er s embahan di sebuah hotel.
MUHAMMAD Yassin ketika membuat p er s embahan di sebuah hotel.
 ??  ?? MUHAMMAD Yassin menyertai Bintang Klasik Kaseh 2016.
MUHAMMAD Yassin menyertai Bintang Klasik Kaseh 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia