Harian Metro

ASP ANTARA 97 AHLI KONGSI GELAP

- Norzamira Che Noh cnews@nstp.com.my

Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superinten­dan dan dua anggota polis antara 63 individu yang ditahan melalui dua operasi membantera­s kegiatan kongsi gelap di negeri ini.

Dalam operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor sejak 29 Mac hingga petang kelmarin, semua mereka yang ditahan disyaki terbabit dalam dua kumpulan kongsi gelap iaitu Geng 08 dan Geng 18.

Turut ditahan, dua individu bergelar Datuk dan Datuk Seri. Penahanan mereka dipercayai melumpuhka­n kegiatan kedua-dua kumpulan kongsi gelap terbabit.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, operasi Cantas Khas yang dinamakan Ops Spider (Geng 08) dan Ops Api Reload (Geng 18) turut mendapat bantuan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Pasukan Tindakan Khas (STAGG), Bahagian D8 (Operasi Khas) dan Bahagian D9 (Siasatan Khas) Bukit Aman.

Turut membantu operasi berkenaan, pasukan Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN).

“JSJ Selangor menyasarka­n 83 ahli geng terbabit yang aktif dan sehingga kini, 63 ditahan iaitu 36 ahli Geng 08 dan 27 ahli Geng 18.

“Daripada jumlah itu, kami juga menahan seorang individu bergelar Datuk Seri dan seorang bergelar Datuk.

 Disyaki terbabit kumpulan kongsi gelap Geng 08, Geng 18

Seorang pegawai polis berpangkat ASP dan dua anggota berpangkat sarjan mejar dan konstabel turut ditahan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Beliau berkata, semua suspek berusia 23 hingga 60 tahun itu ditahan di beberapa negeri iaitu Selangor, Pahang, Perak, Kelantan, Johor, Melaka, selain di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2).

“JSJ Selangor masih mengesan 24 suspek yang sudah disenarai hitam sebagai individu dikehendak­i polis,” katanya.

Mazlan berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas sepucuk pistol, pelbagai kenderaan termasuk empat motosikal, barang kemas, 73 telefon bimbit, wang tunai RM17,000 dan parang.

“Selain itu, pasukan AMLA turut mengambil tindakan pembekuan dan penyitaan harta milik semua suspek iaitu 38 akaun bank, empat hartanah, 11 kereta, wang tunai RM16,800 dan barang kemas bernilai RM100,000.

“Jumlah keseluruha­n rampasan setakat ini adalah RM3.16 juta,” katanya.

 ??  ?? MAZLAN (tiga dari kiri) menunjukka­n antara barang kes bernilai RM3.16 juta yang dirampas.
MAZLAN (tiga dari kiri) menunjukka­n antara barang kes bernilai RM3.16 juta yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia