Harian Metro

LUNAS RM4.6J SEBELUM 21 MEI

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@hmetro.com.my

Pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman diarahkan Mahkamah Tinggi di sini semalam supaya menyelesai­kan bayaran cukai pendapatan individu bagi tempoh lima tahun yang dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah lebih RM4.6 juta sebelum 21 Mei ini.

Arahan penyelesai­an di luar mahkamah itu diputuskan Pesuruhjay­a Kehakiman, Anselm Charles Fernandis selepas tuntutan itu difailkan Peguam LHDN, Nor Hidayah Mohd Anas di kamar hakim.

Hasmiza, 47, atau lebih dikenali

 Vida diarah perjelas tuntutan LHDN sebelum 21 Mei

sebagai Datuk Seri Vida bagaimanap­un tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Zailan Mohamed.

Dalam penyataan tuntutan LHDN itu, Datuk Seri Vida dikehendak­i membayar kepada LHDN mengikut Subseksyen 91(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2011 hingga 2015 berjumlah RM4,686,435.79.

Nor Hidayah ketika ditemui berkata, LHDN sebelum ini berbincang dengan Vida namun beliau gagal mematuhi perbincang­an dan tuntutan dibuat di mahkamah.

Menurutnya, kes tuntutan itu akan berjalan pada 21 Mei ini sekiranya pihak Datuk Seri Vida gagal mengadakan perbincang­an dan menyelesai­kan tuntutan cukai pendapatan individu itu dalam tempoh ditetapkan.

Sementara itu, Zailan pula berkata, perbincang­an akan diadakan dengan LHDN untuk penstruktu­ran semula bayaran tuntutan dan menyelesai­kan tuntutan itu dalam tempoh ditetapkan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia