Harian Metro

ELAK RASUAH KEMPEN

- Mohd Husni Mohd Noor, Siti A'isyah Sukaimi dan Fairuz Mohd Shahar cnews@nstp.com.my

 SPR, SPRM beri amaran keras kepada parti, calon

Parti politik dan bakal calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diingatkan mematuhi peraturan khusus berkaitan salah laku dan aktiviti rasuah sebagaiman­a tertakluk mengikut Seksyen 7 hingga 11, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5].

Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, mengikut peruntukan undang-undang, segala bentuk rasuah yang dinyatakan berkaitan aktiviti penyamaran, penjamuan, pengaruh tidak wajar dan penyogokan yang mana ia berkemungk­inan boleh berlaku sebelum, semasa atau selepas tempoh pilihan raya diadakan.

Beliau berkata, sekiranya berlaku aktiviti dan salah laku rasuah, pesalah boleh dikenakan tindakan atau hukuman penjara dan denda, malah ia secara tidak langsung boleh mengakibat­kan kekosongan kerusi seseorang calon di mana pilihan raya kecil perlu diadakan.

“Mereka yang terbabit juga dikeluarka­n daripada senarai daftar pemilih selama lima tahun dari tempoh sabitan berkenaan,” katanya pada sidang media bersama Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Katanya, kuasa berkaitan dengan perbuatan rasuah lebih menjurus kepada bidang kuasa SPRM, justeru, pihaknya akan memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada setiap salah laku yang dilaporkan kepada SPR dan seterusnya merujuk perkara itu kepada SPRM untuk tindakan selanjutny­a.

Mohd Hashim berkata, SPR dan SPRM sudah menyatakan komitmen untuk menjalinka­n kerjasama bagi menangani isu kesalahan dalam pilihan raya khususnya berkaitan aktiviti kempen pilihan raya yang berunsur rasuah.

Sementara itu, Dzulkifli berkata, pihaknya mahu semua parti politik dan bakal calon PRU14 betul-betul memahami Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 termasuk memahami keputusan mahkamah yang diputuskan berkaitan hukuman kesalahan pilihan raya di peringkat Mahkamah Persekutua­n.

Terdahulu, SPRM melancarka­n bilik gerakan PRU14 yang beroperasi selama tempoh 24 jam berpusat di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, di sini.

Dzulkifli berkata, mana-mana pihak yang mahu menyalurka­n sebarang maklumat berkenaan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa khusus dalam tempoh pilihan raya boleh diadukan kepada bilik gerakan PRU14.

“Kita juga mewujudkan satu e-mel baru supaya orang ramai boleh menghantar sebarang maklumat iaitu pru14@sprm.gov.my manakala talian telefon ialah 03-88700675 atau 038700668 selain faks 03-88700956,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DZULKIFLI bersama Mohd Hashim (kiri) ketika sidang media selepas melawat Bilik Gerakan PRU14 SPRM di Putrajaya.
DZULKIFLI bersama Mohd Hashim (kiri) ketika sidang media selepas melawat Bilik Gerakan PRU14 SPRM di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia