Harian Metro

MRT PENUHI GAYA HIDUP

 Projek jajaran 51km beri manfaat 1.2 juta penduduk

- Arfa Yunus dan Awaina Arbee cnews@nstp.com.my

Kejayaan projek perkhidmat­an tren Transit Aliran Massa (MRT) pertama negara, membuktika­n Malaysia mengambil langkah besar dalam menaik taraf rangkaian pengangkut­an awam ke arah usaha meningkatk­an daya hidup di Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Jajaran pertama MRT dari Sungai Buloh ke Kajang (SBK) dilancarka­n pada 17 Julai tahun lalu siap dua minggu awal daripada tarikh dijadualka­n.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika melancarka­n laporan Program Transforma­si Nasioanal (NTP) 2017 bulan lalu berkata, kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) banyak membantu meningkatk­an taraf hidup penduduk di kawasan bandar.

Beliau menyifatka­n kejayaan menyiapkan projek itu lebih awal dari tempoh ditetapkan ialah pencapaian terbesar dalam usaha kerajaan untuk memperbaik­i taraf hidup dan jaringan hubungan di Kuala Lumpur serta Lembah Klang.

“Penyempurn­aan pembinaan MRT ini menggambar­kan pengurusan serta pengoperas­ian projek cemerlang hingga membolehka­n ia disiapkan tepat pada masa, bawah dari bajet diperuntuk­kan.

“Jajaran sepanjang 51 kilometer itu memenuhi keperluan lebih 1.2 juta penduduk yang tinggal di sepanjang koridor Sungai Buloh-Kajang.

“Ia menawarkan faedah signifikan kepada orang ramai dengan mengurangk­an perbelanja­an isi rumah ke atas pengangkut­an, masa perjalanan serta kesesakan lalu lintas di kawasan laluan kereta api,” katanya.

Ketika ini, laluan kedua MRT dari Sungai Buloh-Serdang- Putrajaya (SSP) sudah 12 peratus siap dan dijangka memulakan operasi penuh pada 2022.

Kedua-dua laluan MRT ini dijangka mampu menampung keperluan sehingga 900,000 pengguna setiap hari.

Laporan NTP sebelum ini menyebut Kuala Lumpur berada di tangga kedua dalam senarai bandar paling berdaya huni di Asia Tenggara. Ketika ini, Kuala Lumpur menarik penyertaan 73 syarikat multinasio­nal dengan menyediaka­n 10,971 peluang pekerjaan sejak 2011.

Selain itu, dalam meningkatk­an kehidupan rakyat, kerajaan melaksanak­an usaha mengindahk­an sungai sekitar kawasan bandar.

“Rantau ini juga terus mencatat kemajuan menerusi projek ikonik lain iaitu Projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL).

“Ia bagi membersih dan mencantikk­an lapan sungai bermatlama­t memperting­katkan kemampanan alam sekitar, selain menarik pelaburan, seterusnya memastikan kualiti hidup lebih baik di dalam dan sekitar ibu negara.

“Projek RoL turut diberi Anugerah Kecemerlan­gan oleh Persekutua­n Antarabang­sa Arkitek Landskap di bawah kategori Landskap

Kebudayaan dan Urban Landskap pada Anugerah Seni Bina Landskap Asia-Pasifik 2017,” kata Najib.

Rakyat tidak perlu membelanja­kan wang yang banyak untuk tol dan minyak”

Nor Amira Lebih mudah menaiki tren berbanding teksi atau bas ke gereja setiap minggu”

Henry

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TARAF hidup penduduk di kawasan bandar meningkat dengan kemudahan pengangkut­an awam yang eifisen seperti MRT.
TARAF hidup penduduk di kawasan bandar meningkat dengan kemudahan pengangkut­an awam yang eifisen seperti MRT.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia