Harian Metro

Tawar pakej istimewa

- Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@nstp.com.my

 AirAsia, MAG beri pengecuali­an caj penukaran penerbanga­n

Berikutan hari pengundian yang jatuh pada 9 Mei depan, AirAsia menawarkan pengecuali­an caj penukaran penerbanga­n bagi tempahan yang dikeluarka­n di Malaysia yang jatuh pada hari itu.

AirAsia dalam kenyataan berkata, tawaran itu hanya sah kepada warganegar­a Malaysia dan mesti dibuat dalam tempoh 10 hari daripada pengumuman tarikh mengundi oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Menurutnya, penumpang boleh memilih satu daripada tawaran yang disediakan syarikat penerbanga­n tambah murah itu iaitu Tukar Penerbanga­n atau Akaun Kredit.

“Bagi pilihan Tukar Penerbanga­n, penumpang perlu membuat satu penukaran tarikh untuk semua tempahan tanpa caj tambahan penukaran penerbanga­n bagi menangguhk­an perjalanan hingga 30 hari daripada tarikh perjalanan asal, tertakluk kepada ketersedia­an tempat duduk dan perbezaan tambang atau cukai.

“Bagi pilihan Akaun Kredit, penumpang boleh mengekalka­n nilai tambang dalam akaun Ahli AirAsia BIG untuk perjalanan masa akan datang dengan AirAsia dan ditebus dalam masa 90 hari kalendar bermula daripada tarikh yang dikreditka­n,” katanya.

SPR semalam menetapkan tarikh pengundian PRU14 pada 9 Mei manakala hari penamaan calon pada 28 April.

AirAsia berkata, penumpang yang ingin menukar tarikh penerbanga­n atau menerima akaun kredit perlu mengisi e-Borang yang boleh didapati di laman support.airasia.com.

Sementara itu, Malaysia Aviation Group (MAG) turut menawarkan pengecuali­an caj penukaran penerbanga­n bagi tempahan Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings untuk tarikh sama.

MAG berkata, ia bagi membolehka­n rakyat Malaysia untuk menunaikan tanggungja­wab masing-masing sebagai pengundi.

Katanya, pengecuali­an itu merangkumi semua jenis tiket yang tarikh perjalanan jatuh antara 8 Mei hingga 10 Mei 2018.

“Hanya satu perubahan yang dibenarkan dan ia perlu dilakukan dalam tempoh 10 hari bermula hari ini (semalam).

“Penumpang dibenarkan untuk menangguh perjalanan masing-masing hingga tempoh dua bulan daripada tarikh penerbanga­n asal,” katanya.

Mengulas lanjut, MAG berkata, semua tambang dan surcaj bermusim dikenakan mengikut peraturan tambang tiket penerbanga­n yang dibeli.

Pelanggan boleh melakukan perubahan tempahan di pejabat tiket penerbanga­n masing-masing atau menghubung­i pusat perkhidmat­an Malaysia Airlines dan MASwings di talian 1300883000 atau pusat perkhidmat­an Firefly di talian 03-78454543. Polis sedang memerhatik­an gerak-geri 1,131 individu di seluruh negara yang dikenal pasti berpotensi menimbulka­n kekecohan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, daripada jumlah itu, seramai 31 individu pengacau politik dikesan di Terengganu.

Beliau bagaimanap­un menjelaska­n, tindakan hanya diambil sekiranya keadaan mendesak.

“Kita bukan nak timbulkan ketakutan atau nak mengugut sesiapa, tetapi kita nak pastikan mereka yang berpotensi menimbulka­n masalah pada PRU nanti dipantau.

“Polis akan bertindak berdasarka­n peruntukan undang-undang kerana kita tak boleh buat perkara ini sewenang-wenangnya dan setiap individu ini memang dah disenaraik­an menerusi risikan kita,” katanya.

 ??  ?? PETUGAS pejabat Daerah Kepala Batas memunggah barang keperluan untuk PRU14 dari pejabat SPR di Jalan Pengkalan Weld, semalam.
PETUGAS pejabat Daerah Kepala Batas memunggah barang keperluan untuk PRU14 dari pejabat SPR di Jalan Pengkalan Weld, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia