Harian Metro

Rokok seludup bukan

- Skuad Khas Harian Metro news@nstp.com.my

 KKM dakwa ia tugas mutlak kastam

Sebanyak 252 notis membabitka­n jumlah kompaun bernilai RM75,000 dikeluarka­n Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) kepada peniaga yang menjual rokok seludup sejak awal tahun ini hingga

Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kompaun itu dikeluarka­n pihaknya hasil penguatkua­saan selepas pemeriksaa­n dilakukan terhadap

1,309 premis di seluruh negara.

Menurutnya, KKM sentiasa melaksanak­an penguatkua­saan mengikut peraturan dan peruntukan undang-undang sedia ada di bawah agensi mereka.

“Penguatkua­saan terbahagi kepada penguat kuasa bertema penguatkua­saan bersepadu peringkat kebangsaan, negeri dan daerah,” katanya.

Beliau berkata, bidang kuasa diperuntuk­kan kepada KKM tertakluk terikat kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT).

“Antara objektif utama pembanguna­n peraturan ini untuk mendidik masyarakat mengenai bahaya merokok melalui amaran kesihatan bergambar dan mengurangk­an kebolehdap­atan rokok melalui penguatkua­saan kawalan harga rokok dan larangan pek rokok kurang daripada 20 batang.

“KKM mempunyai tanggungja­wab untuk menguatkua­sakan PPKHT dan boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana orang yang melanggar PPKHT berkaitan rokok dan hasil tembakau tidak kira sama ada rokok seludup atau rokok sah,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, peraturan yang dimaksudka­n seperti Peraturan 8A iaitu harga jualan runcit bagi hasil tembakau dan 8C iaitu harga minimum rokok adalah RM10.

“Peraturan 9 (rokok hendaklah dijual dalam peket yang belum dibuka), Peraturan 15 (amaran kesihatan pada bungkusan rokok), Peraturan 15(4A) (larangan menjual, menawarkan, membeli atau berada dalam milikannya peket rokok yang tidak dicetak dengan set teks dan imej amaran kesihatan), Peraturan 16(1)(pengilang hendaklah membungkus rokok dalam satu peket yang mengandung­i hanya 20 batang rokok,” katanya.

Beliau berkata, kuasa mutlak bagi membantera­s kegiatan penyeludup­an, pengedaran dan penjualan rokok seludup sebenarnya adalah bidang kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Dalam siri Laporan

Khas Harian Metro beberapa hari lalu mendedahka­n kekurangan penguatkua­saan menyebabka­n 52 peratus pasaran rokok tempatan kini dikuasai rokok seludup.

Walaupun pelbagai usaha dijalankan agensi penguatkua­saan, aktiviti penyeludup­an rokok seludup terus berlaku malah paling teruk, rokok ini boleh dibeli dengan bebas tanpa ada sebarang sekatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia