Harian Metro

GUNA PUPUR IKUT KESESUAIAN

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Pemilik kulit muka sensitif perlu selektif untuk elak keradangan

Wanita dan kecantikan memang sukar hendak dipisahkan. Dari hujung rambut hingga ke kaki, ada saja petua, alat penjagaan, diet khusus atau terapi untuk mencantikk­an bahagian tertentu.

Bukan kerana obses atau terlalu inginkan perhatian, namun keyakinan yang terbentuk daripada kepuasan memiliki kulit bersih, sihat dan cantik lazimnya lebih mudah terserlah.

Begitupun, dalam menggapai kepuasan diri, ramai wanita mudah tersalah langkah. Padah menanti bagi yang bersikap semberono dalam membuat pilihan produk penjagaan wajah atau diri.

Mungkin kerana kurangnya pendedahan berkenaan jenis, keperluan dan kehendak sebenar kulit, ramai wanita kecewa apabila percubaan terhadap sesuatu produk gagal meraih hasil yang dikehendak­i.

Antara produk perawatan wajah terbaik, tapi sukar ditentukan kesesuaian­nya dengan kulit adalah pupur atau sering disebut sebagai masker.

Menjadikan pupur muka sebagai rutin perawatan wajah sebenarnya mampu membawa manfaat besar tidak kira kepada wanita ataupun lelaki.

Selain mengekalka­n kelembapan, menegangka­n kulit, membekalka­n nutrien dan memperbaik­i kerosakan pada wajah, pupur muka juga boleh meremajaka­n kembali rupa pemakainya.

Kuncinya adalah dengan memilih pupur atau topeng wajah yang sesuai dengan jenis kulit anda! Cuba semak kriteria berikut sebelum membuat pilihan. tidak mustahil jerawat dan ruam kecil akan mula timbul.

Pilihan selamat, pilih masker mengandung­i pelbagai sumber mineral yang dapat menenangka­n kulit. Elakkan memilih topeng muka berasaskan bunga-bungaan untuk menghindar­i kesan radang.

Logiknya, anda perlu memilih pupur wajah yang boleh membantu mengembali­kan kelembapan wajah. Antaranya masker berasaskan gel, krim atau berasaskan minyak organik. Selepas menanggalk­an masker, cuba sentuh kulit sekitar wajah. Masker yang baik akan membuatkan wajah lebih segar dan lembap.

kawasan kulit yang kering.

Menentukan jenis pupur untuk kulit berminyak boleh jadi lebih mudah berbanding yang lain. Mungkin kerana keadaan kulit berminyak yang ketara, jadi penyelesai­annya juga mudah dibuat. Jika anda memiliki kulit berminyak dan berjerawat, pilih pupur wajah berasaskan tanah liat. Ini kerana tanah liat bukan saja mampu mengawal lebihan minyak, malah mampu mengecilka­n pori wajah.

Keadaan ini berlaku kerana wujudnya sel kulit mati akibat selaran matahari dan diet tidak seimbang. Untuk penjagaan wajah paling asas, ramai yang mencadangk­an penggunaan pupur atau masker berasaskan skrub atau gel pengelupas­an yang mengandung­i butiran halus.

Selepas wajah direhatkan bersama pemakaian pupur, sental gel atau butiran halus perlahan-lahan untuk membuang sel kulit mati. Jangan terlalu gopoh untuk melihat hasilnya, tetapi beri masa antara dua hingga tiga minggu untuk kulit kembali segar.

Wanita pertengaha­n usia 30-an sepatutnya sudah mula menggunaka­n pupur atau masker untuk menegangka­n kembali kulit wajah. Sama ada menggunaka­n produk sedia pakai atau putih telur bersama sedikit madu, penjagaan rutin perlu dimulakan pada usia ini bagi mengelak lebih banyak timbulnya garis halus.

 ??  ?? RAWATAN penting wajah untuk bekalan nutrisi kulit.
RAWATAN penting wajah untuk bekalan nutrisi kulit.
 ??  ?? PUPUR berasaskan tanah liat untuk kulit berminyak.
PUPUR berasaskan tanah liat untuk kulit berminyak.
 ??  ?? ALOE vera untuk menegangka­n kulit.
ALOE vera untuk menegangka­n kulit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia