Harian Metro

SINOPSIS TV

- HBO HD (ASTRO 431), 9 malam UNDERWORLD: BLOOD WARS TV9, 8.30 malam 7 HARI MENCINTAIK­U (EPISOD 17) TV9, 9.30 malam ASTANA CINTA ALEESA EPISOD 8

Selene terpaksa menyelamat­kan diri apabila darah hibridnya diburu puak Vampire dan Lycan untuk menjadikan mereka lebih kebal. Bukan sahaja dirinya, Selene juga perlu berjuang bagi menyembuny­ikan anaknya daripada diburu.

Dalam perjalanan­nya itu, Selene tidak bersendiri­an kerana dibantu David yang pernah diselamatk­annya dan bapanya daripada menjadi mangsa kekejaman ketua majlis lembaga puak Vampire, Thomas.

Diburu puak Lycan yang diketuai Marius, Selene terpaksa bertarung nyawa sehingga dijemput semula untuk kembali ke kubu Vampire oleh Semira yang kini menjadi salah seorang ketua dalam majlis lembaga.

Bagaimanap­un, Semira sebenarnya punya niat jahat kerana masih menyimpan dendam terhadap Selene. Dalam pada itu, dia juga dahagakan darah Selene dan gilakan kuasa sebagai pewaris kuasa puak Vampire.

Selene berjaya menyelamat­kan diri dengan bantuan David dan keduaduany­a melarikan diri ke utara dan mendapat bantuan daripada puak Nordic Coven.

Namun, puak Lycan dapat menghidu perjalanan mereka ke utara selepas seorang Vampire muda, Alexia yang jatuh cinta dengan Marius memaklumka­n perkara itu.

Pelakon: Kate Beckinsale, Theo James dan Lara Pulver. Mak Leha percaya dengan kata-kata Syakila mengenai Pak Samad. Menurut Syakila, Pak Samad mengeluark­an sejumlah duit ketika menemani Mia ke pekan.

Pelakon: Shukri Yahaya, Siti Saleha dan Gambit Saifullah. Akhirnya, Zhariff membawa Zaleha ke rumahnya untuk menjaga Aleesha. Zhariff berharap dengan kehadiran Zaleha, keadaan Aleesha akan bertambah baik.

Pelakon: Emma Maembong, Nazim Othman dan Amyra Rosli.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia