Harian Metro

RAYU IKTIRAF GOL

- Agensi

Tottenham mengemukak­an rayuan kepada Liga Perdana Inggeris untuk mengiktira­f gol kedua pasukan itu hasil jaringan Harry Kane ketika menentang Stoke City, lapor Sky Sports.

Kawalan Liga Perdana Inggeris mengesahka­n jaringan itu dilakukan Christian Eriksen ketika perlawanan yang dimenangi Spurs 2-1, Sabtu lalu.

Namun Kane menegaskan, bola hasil sepakan percuma Eriksen itu terkena bahunya sebelum melantun masuk melepasi jangkauan penjaga gol, Jack Butland.

“Saya bersumpah atas

(gambar)

nama anak perempuan saya, saya memang menyentuh bola itu, tapi tiada apa yang boleh saya lakukan,” kata Kane.

“Jika mereka (Liga Perdana) mahu mengekalka­nnya, ia akan kekal begitu. Jika mereka mahu mendengar kata-kata saya, mereka akan menelitiny­a.

“Apa yang penting, kami menang perlawanan penting itu,” katanya.

Ketika ini, Kane bersaing memburu anugerah Kasut Emas - sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris. Dia ketinggala­n lima gol berbanding pePusat nyerang Liverpool, Mohamed Salah.

Jika berjaya mengejar dan mengatasi Salah musim ini, Kane akan menerima anugerah itu buat kali ketiga berturut-turut.

Setakat ini, hanya bekas penyerang Arsenal, Thierry Henry muncul pemain tunggal yang mencapai kejayaan itu pada musim 2003 dan 2006.

 ??  ?? KANE (dua dari kiri) dakwa bola tendangan percuma Eriksen terkena bahunya sebelum masuk ke gawang lawan.
KANE (dua dari kiri) dakwa bola tendangan percuma Eriksen terkena bahunya sebelum masuk ke gawang lawan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia