Harian Metro

PEMILIK BOT DAPAT RM30,000 SEBULAN

- Ahmad Rabiul Zulkifli news@nstp.com.my

 Pemilik sewakan bot raih pendapatan lumayan hingga RM30,000 sebulan

Musim sotong yang bermula sejak Mac memberi hasil lumayan kepada nelayan termasuk pemilik bot nelayan di negeri ini.

Seorang pemilik bot kelas A dari Kampung Seberang Bukit Tumbuh meraih pendapatan hingga RM30,000 sebulan hasil sewaan bot nelayannya.

Abdillah Abg Rashid, 55, berkata, dia meraih pendapatan lumayan pada setiap tahun ketika musim sotong.

“Musim sotong bermula Mac hingga Julai memang dinanti-nantikan nelayan kerana sepanjang musim itu kami akan memperoleh pendapatan lumayan.

“Bukan saja hasil menjual sotong yang dicandat malah pemilik bot juga memperoleh pendapatan hasil menawarkan perkhidmat­an menyewa dan membawa pelanggan mencandat di negeri ini,” katanya ketika ditemui di Pengkalan Nelayan Seberang Bukit Tumbuh, kelmarin.

Abdillah berkata, dia menawarkan perkhidmat­an menyewa bot itu kepada pelbagai agensi kerajaan dan syarikat koporat dari seluruh negeri.

“Peminat aktiviti mencandat sotong dari seluruh negara termasuk Johor dan Perak datang mendapatka­n perkhidmat­an bot yang ditawarkan itu.

“Biasanya saya membawa 10 hingga 12 pelanggan mencandat pada jam 5 petang dan pulang semula ke pengkalan jam 10 pagi keesokan harinya,” katanya.

Tambahnya, setiap sesi mencandat itu biasanya mereka memperoleh 17 hingga 70 kilogram sotong jarum, tupat dan torak.

“Setiap sesi mencandat itu dikenakan sewa RM1,000 semalaman dan saya pastikan pelanggan memperoleh pengalaman menyeronok­kan sepanjang mencandat.

“Bukan saja mencandat sotong, pelanggan juga berpeluang memancing ikan kerisi seawal jam 7 pagi sebelum pulang,” katanya.

Menurutnya, sebagai pengusaha bot nelayan dia bertanggun­gjawab memberikan perkhidmat­an terbaik kepada pelanggan dalam memastikan tarikan pelanconga­n melalui aktiviti mencandat itu kekal aktif di negeri ini.

Mohd Zaid Muda, 46, dari Kampung Duyong berkata, dia juga memperoleh pendapatan lumayan sepanjang musim sotong.

“Paling kurang saya memperoleh RM100 hingga RM300 sehari hasil menjual sotong yang dicandat.

“Apabila sampai musim sotong, nelayan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap aktiviti mencandat sotong berbanding menangkap ikan,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: AHMAD RABIUL ZULKIFLI ?? PELANGGAN menunjukka­n sotong yang berjaya dicandat.
FOTO: AHMAD RABIUL ZULKIFLI PELANGGAN menunjukka­n sotong yang berjaya dicandat.
 ??  ?? ABDILLAH menyiapkan peralatan mencandat sotong.
ABDILLAH menyiapkan peralatan mencandat sotong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia