Harian Metro

Penyamun maut dirempuh mangsa

-

Bukit Mertajam: Berang disamun, pengurus kilang nekad memecut kereta dan mengejar dua penjenayah yang menunggang motosikal sejauh tiga kilometer hingga menyebabka­n seorang daripada mereka maut selepas dirempuh di Jalan Perusahaan Perai, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, seorang lagi penjenayah terbabit patah kaki kanan dan masih mendapatka­n rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, siasatan awal mendapati pengurus kilang berusia 32 tahun itu dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya sebelum dia berhenti rehat di hentian selepas Jambatan Pulau Pinang kira-kira jam 2 pagi.

Menurutnya, mangsa mematikan enjin kereta dalam keadaan berkunci dan dia menurunkan sedikit semua cermin pintu kenderaann­ya itu sebelum tertidur kerana keletihan. “Bagaimanap­un, dia terjaga kerana terdengar pintu belakang bahagian kanan dibuka sebelum seorang lelaki menutup mukanya dengan tangan.

“Mangsa tidak sempat berbuat apa-apa dan ketika itu suspek mengambil komputer riba miliknya dan terus melarikan diri dengan motosikal bersama seorang lagi rakannya,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, mangsa yang berang terus mengejar motosikal ditunggang dua suspek terbabit hingga ke Jalan Perusahaan Perai dan berlaku kemalangan antara mereka hingga menyebabka­n seorang daripada penjenayah meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan lanjut di lokasi kemalangan, polis menemui komputer riba yang mempunyai pelekat tertera nama serta gambar mangsa di sebelah mayat suspek.

“Siasatan mendapati suspek yang meninggal dunia berusia 26 tahun mempunyai satu rekod jenayah manakala rakannya yang berusia 25 tahun turut mempunyai satu rekod jenayah dan lima rekod kesalahan dadah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia