Harian Metro

Calon terbaik untuk rakyat

- BERNAMA

 TPM ingatkan elak tindakan ‘tikam belakang’ apabila senarai bertanding diumum

Calon Barisan Nasional (BN) adalah yang terbaik untuk rakyat berdasarka­n maklumat diperoleh daripada agensi risikan dan bebas bukan atas kehendak individu tertentu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, ramai yang berasa mereka layak bertanding, tetapi pucuk kepemimpin­an BN yang akan menentukan calon setelah melakukan saringan dengan pelbagai sumber maklumat terbaik.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalanka­n tugas Timbalan Presiden juga mengulangi peringatan­nya supaya tiada tindakan ‘tikam belakang’ dilakukan apabila senarai calon diumumkan kelak, sebaliknya menyatakan sokongan tanpa berbelah bahagi.

“Saya mahu rakyat Terengganu mempelajar­i pengalaman lalu apabila kita melayani perpecahan dalam kalangan kita sama ada di peringkat Parlimen, DUN (Dewan Undangan Negeri) dan cawangan, kita kehilangan negeri ini selama satu penggal (PRU11).

“Jangan toleh ke belakang siapa pun calon, atas nama panji BN kita sokong calon itu dalam keadaan apa saja. Memang ramai orang berkelayak­an jadi calon tetapi kita ikut kaji selidik daripada agensi risikan dan bebas, bukan siapa yang dikehendak­i tetapi siapa rakyat kehendaki untuk jadi ADUN dan Ahli Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Pelancaran Manifesto BN Terengganu dan Jentera Pilihan Raya Parlimen Hulu Terengganu di Dataran Kuala Berang, semalam.

Turut hadir Menteri Besar merangkap Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Seri Jailani Johari.

Mengenai jentera pilihan raya BN, Ahmad Zahid mengingatk­an supaya mereka terus bekerja keras bagi memastikan pengundi memberi sokongan padu terhadap calon BN untuk memastikan kemenangan lebih besar di Terengganu berbanding pilihan raya sebelum ini.

“Jumlah kerusi yang dimenangi BN untuk membentuk kerajaan pada PRU13 adalah terlalu marginal. Untuk itu, kita mahu keputusan pilihan raya nanti kerusi DUN ‘wajib’ lebih (undi) lagi daripada yang kita menang sebelum ini.

“Dengan itu, yakinlah dengan pilihan yang dibuat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan harus berlapang dada dengan calon yang dipilih. Saya yakin dengan semangat kekitaan, pengundi BN akan menempuhi kejayaan pada PRU akan datang,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Zahid bersama penyokong BN pada majlis pelancaran Manifesto BN Negeri Terengganu dan Pelancaran Jentera BN P038 Parlimen Hulu Terengganu di Dataran Kuala Berang, semalam.
AHMAD Zahid bersama penyokong BN pada majlis pelancaran Manifesto BN Negeri Terengganu dan Pelancaran Jentera BN P038 Parlimen Hulu Terengganu di Dataran Kuala Berang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia