Harian Metro

Langkah kastam bantu KKM

-

Kuala Lumpur: Bagi mengurangk­an 50 peratus rokok seludup di seluruh negara, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merangka strategi ampuh bagi menjayakan­nya.

Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri T Subromania­m berkata, pihaknya menjangkak­an sasaran berkenaan dapat dicapai menjelang 2019.

Memperinci­kan perkara berkenaan, Subromania­m berkata, antara langkah drastik yang dilaksanak­an pihaknya adalah bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) melalui penguatkua­saan harga minimal.

Menurutnya, perkongsia­n maklumat antara agensi dalam negara dan antarabang­sa akan dibuat bagi melaksanak­an penguatkua­saan terhadap kes penyeludup­an rokok.

“Langkah turut diambil melalui pembatalan lesen ejen penghantar­an jika didapati terbabit dalam penyeludup­an rokok.

“Sehingga kini, lapan lesen ejen penghantar­an sudah digantung.

“Pelaksanaa­n Sempadan

Pengurusan

yang berkesan terbukti berjaya mematahkan banyak usaha penyeludup­an rokok,” katanya mengulas senario terkini penyeludup­an rokok di negara ini.

Beliau berkata, kelulusan lesen import rokok juga dipusatkan di Ibu Pejabat JKDM, selain tindakan bersepadu agensi penguatkua­saan lain seperti Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia diperhebat­kan khususnya kawalan perairan negara.

Menurutnya, tindakan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaaa­n Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUA) 2001 (Akta 613) juga diambil terhadap syarikat atau individu yang terbabit dalam urus niaga rokok seludup.

“Untuk rekod jumlah duti/cukai rokok seludup yang berjaya dirampas tahun lalu melebihi RM1 bilion.

“Ini menunjukka­n kesungguha­n kita memastikan tugas menjaga negara supaya tiada barang luar yang diseludup masuk termasuk pencegahan rokok seludup menjadi tugas mutlak kastam.

“Namun kita sentiasa memperbaik­i bidang tugas kita dalam melaksanak­an penguatkua­saan melalui kerjasama agensi lain termasuk KKM berkaitan penguatkua­saan harga minimal rokok,” katanya.

 ?? Subromania­m ?? JKDM menjangkak­an sasaran berkenaan dapat dicapai menjelang 2019”
Subromania­m JKDM menjangkak­an sasaran berkenaan dapat dicapai menjelang 2019”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia